Jumaat, 1 Julai 2016

HINGGA AKHIR NAFASKU

HINGGA AKHIR NAFASKU

Tangannya terketar-ketar saat mahu menggapai satu foto yang hampir pudar dari dalam kotak perhiasan itu. Gambar perkahwinan yang tidak mampu dipertahankannya , hancur musnah dek satu kemalangan yang meragut nyawa suaminya yang tercinta dan anak di dalam kandungannya yang baru sahaja berusia 2 minggu. Hampir 3 tahun peristiwa hitam itu berlaku , tapi tidak satu saat pun ianya luput dari kotak pemikirannya. Semakin dia ingat kejadian itu, semakin sakit yang dirasakannya.
Saat itu mereka baru sahaja pulang dari makan malam untuk meraikan berita gembira tentang kehamilan anak pertamanya. Namun malang tidak berbau, saat mereka ingin melepasi lampu isyarat, tiba- tiba datang sebuah lori besar dari arah kanan mereka. Saat itu hanya bunyi hon dan cahaya dari lori tersebut sahaja yang dapat diamatinya. Setelah sedar, beliau sudah terlantar di atas katil hospital. Hanya raungan dan air mata yang menemani saat beliau menerima berita kematian suami dan anak di dalam kandungannya.
Bahunya seakan ditepuk seseorang. Segera dia mengelap saki baki air mata yang masih bertakung di pipi dan kelopak matanya.
“Sayang okay ke ?” Ibunya menyoal saat punggungnya dilabuhkan bersebelahan anaknya.
“Aimi rindu abang dan baby… “ Tangisannya menitis kembali. Ibunya merangkul tubuh kecilnya untuk menenangkan anaknya itu.
“Kalau Aimi rindukan diaorang, solat dan berdoalah pada Allah agar suatu hari nanti Allah mempertemukan kembali Aimi dengan mereka. Allah tu Maha Penyayang , nak. Berdoalah padaNya sentiasa. “
Kepala anak tunggalnya itu diusap lembut. Rasa kehilangan yang anaknya alami itu mampu dirasainya juga. Naluri seorang ibu, makin dipendam anaknya, makin kuat dia dapat merasainya.
“Oh ya, ibu sebenarnya nak buatkan air kopi untuk abah kamu. Bebel la abah kamu tu nanti kamu ibu lambat. Sudah-sudahlah menangis. Dah tak cantik anak ibu. “ Tangannya menyapu air mata di pipi anaknya sebelum kakinya mengatur langkah keluar dari kamar itu. Aimi sekadar tersenyum. Di dalam hatinya , dia bersyukur kerana Allah mengurniakan sepasang ibu dan abah yang teramat menyayanginya.
Sedang beliau mengemas kembali semua barang arwah suaminya untuk dimasukkan kembali ke dalam kotak, matanya berhenti pada sebuah buku yang diselimuti pembalut berwarna merah jambu dan terletak bentuk hati di tengah-tengah muka hadapan. Dia mengenali amat buku itu. Terketar-ketar tangannya tatkala melihat isi di dalam buku itu. Air matanya tumpah saat melihat foto-fotonya bersama suaminya.
 “Abang buat apa tu ? Cantiknya abang hias buku tu. “ Tuturnya usai meletakkan secawan kopi di atas meja untuk suaminya.
Suaminya meletakkan buku itu ke tepi. Tangan isteri diraihnya.
“Sayang nak tahu tak, there are 2 places which I really want to go in this world with my beloved wife. First, abang nak tunaikan umrah dengan isteri abang and second abang nak sangat pergi ke Korea dengan sayang.. And this book di mana akan bersemadinya semua kenangan kita semasa dekat sana nanti“
“Okay… Kalau Mekah sayang faham, but why Korea ? “ Soal Aimi agak kehairan kenapa dalam banyak-banyak negara, Korea yang menjadi pilihan suaminya. Suaminya tertawa kecil melihat muka isterinya yang kebingungan itu.
“Sayang suka tengok cerita Korea kan ?” Aimi menggangguk.
“Sayang suka lelaki Korea kan ?” Aimi mengangguk berulang kali. Suaminya mencubit manja. Ketawa Aimi pecah.
“And sayang pernah cakap yang sayang teringin sangat pergi Korea kan ?” Aimi menganggukkan kepalanya sekali lagi.
“Jadi…. “
Belum sempat Aimi meneruskan tutur katanya, suaminya mencelah dahulu.
“Jadi mana sahaja sayang nak pergi, abang akan pergi. Sebab apa? Sebab seorang isteri tempatnya sentiasa di sebelah suaminya, and because I love U so much.. “
Tubuh suaminya terus dirangkulnya erat. Sungguh dia amat mencintai lelaki itu. Bukan sahaja lelaki itu mampu mencuri hatinya, malah mampu membuatkan rasa cinta itu tidak pernah luntur dari hatinya.
Aimi tersedar dari angannya. Dia menutup buku itu dan dipeluknya kemas membiarkan semua kenangannya bersama arwah suaminya terus bermain di pemikirannya.


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

                “Apa? Ke Korea? Ibu tak setuju. Bahaya. Kamu tu anak gadis. Ibu tak benarkan.. “ Belum sempat Aimi menerangkan semuanya tentang rancangannya untuk pergi menggembara, ibunya terus membantah kerana risaukan keselamatannya anaknya itu nanti.
                “Alah bu. Aimi dah besar kan. Pandailah Aimi jaga diri..” Aimi cuba memujuk ibunya. Namun tidak berhasil. Kemudian dia cuba melancarkan serangan terhadap abahnya.
                “Abahhhhh…” rengeknya persis anak kecil.
                “Abah benarkan..”
                Belum sempat Aimi meraikan kemenangannya, ibunya membantah dahulu persetujuan yang diberikan abahnya itu.
                “Abang ni dah kenapa? Tak sihat? Anak kita tu nak perg ke Korea. Seorang diri pula tu. “ Ibunya membalas.
                “Anak awak tu bukan dia pergi jalan kaki ke, naik basikal ke, sampan ke. Lagi satu , dia tu dah besar, pandailah dia jaga diri… “ Abahnya masih utuh menyokong rancangannya itu. Ibunya hanya membisu mendengar kata balas dari suaminya itu.
                “Yes! Abah, U are the best ! “ puji Aimi di dalam hati.
                Aimi mengerling jam di dinding. Pukul 12.30 malam. Sudah lewat malam. Dia bingkas bangun dari sofa untuk ke kamarnya. Esok dia harus bangun pagi untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Dia merapati ibu dan abahnya dan mencium pipi mereka. Sebelum diaberlalu, sempat bibirnya singgah di telinga abahnya.
                “Thanks abah… “ Abahnya sekadar menguntum senyum.
                “Abang dah gila ke? Aimi tu perempuan. Bahaya tau dia pergi tempat jauh macam tu seorang diri tanpa ada lelaki mahram yang menemani dia. Sayang tak faham lah apa yang abang fikirkan.. “ rungut Puan Aisyah pada suaminya itu.
Dia masih tidak mengerti dengan apa yang telah dilakukan suaminya tu. Aimi itulah anak tunggal dia dengan suaminya. Dia menyayangi Aimi lebih dari dia menyayangi dirinya sendiri. Bahkan tidak sesaat pun dia tinggalkan anaknya itu sejak peristiwa hitam yang meragut kebahagiaan anaknya itu. Bukan mudah untuk dia kembalikan keceriaan pada wajah anaknya. Macam-macam perkara yang dilakukannya. Mungkin juga berkat doanya sebagai seorang ibu, Aimi kembali teruskan perjalanan hidupnya setelah hampir 2 tahun hidupnya terumbang-ambing terkenangkan arwah suami dan anak yang dikandungnya itu.
                “Puan Aisyah, anak kamu tu dah masuk nak masuk 30 tahun. Pandai-pandailah dia tu jaga diri. Lagipun awak nak ke anak awak menangis lagi macam semalam? Terus menangisi pada yang dah pergi? Mana tahu dengan cara macam ni, Aimi dapat lepaskan rindu pada arwah Hakim tu. Sebagai ibu, doakan keselamatan dia supaya dia sentiasa selamat walau ke mana dia pergi… “ jawab suaminya itu tanpa matanya langsung tidak beralih pada siaran televisyen itu.
                Puan Aisyah sekadar mendiamkan diri. Tiada satu kata pun keluar dari mulutnya. Sungguh dia mengakui tiap-tiap kata yang dibutirkan suaminya. Mungkin ini dapat membantu anaknya terus ceria menjalani hidup. Mungkin rindu Aimi pada arwah Hakim dapat diubati. Di dalam hati , dia hanya berdoa agar apa jua yang dilakukan anak gadisnya itu sentiasa mendapat perlindungan daripada Yang Maha Berkuasa.


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

                Buku-buku latihan anak muridnya disusun rapid an diletakkan pada bahagian paling kiri meja miliknya. Diperhatikan kalendar kecil di atas meja dan dicapainya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bermakna selama hampir 2 bulan dia akan menikmati cuti akhir tahun. Sedang dia asyik terfikirkan mengenai rancangannya, tiba-tiba, perbualan Cikgu Suraya mematikan lamunanya.
“Aihhh.. Happy nampak .  Aku tahu la esok da start cuti .. “ kata-kata Cikgu Suraya disambut Aimi dengan senyuman panjang.
“By the way, tahun ni kau tak ada pergi melancong mana-mana ke? Or this year just same like previous years ? “
Belum sempat Aimi menjawab, Cikgu Safuan memotong dahulu perbualan mereka.
“Apa kata kalau tahun ni Aimi jalan-jalan kampung saya di Terengganu ? Boleh ketemu sama orang tua saya sekali. ” Cikgu Safuan memberi cadangan.
Sebenarnya sudah lama Cikgu Safuan jatuh cinta pada Aimi. Namun, Aimi hanya menganggap Cikgu Safuan itu tidak lebih dari teman sekerja. Pernah juga Cikgu Safuan meluahkan rasa cintanya padanya , tapi di dalam hatinya tidak terdetik lagi untuk mempunyai kekasih hati yang baharu, inikan pula untuk berkahwin. Mungkin bukan untuk selamanya , namun biarlah waktu yang menjawabnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Sebagai hamba, dia hanya mampu untuk merancang.
“Tak apalah cikgu. Nanti saya fikirkan balik.. “ Tidak sanggup rasanya Aimi untuk menolak pelawaan lelaki itu mentah-mentah.
“Tak apa Aimi. Take your time. Kalau Aimi nak ikut pergi Terengganu, just beritahu saya.. “ Cikgu Safuan tersenyum. Di dalam hatinya dia sudah gembira kerana Cikgu Aimi tidak terus menolak pelawaan beliau. Ini bermakna peluang untuknya masih ada. Cikgu Safuan mengambil buku yang tersusun di atas mejanya dan berlalu keluar dari bilik guru dengan senyuman.
“Kenapa kau tak reject ja ? Aku tengok dia senyum ja sepanjang nak keluar dari bilik guru ni.. “
Ketawa Aimi pecah. Cikgu Suraya sendiri sudah tahu tentang perasaan Cikgu Safuan terhadap Aimi. Jadi setiap kali Cikgu Safuan ada mempelawa Aimi pergi mana-mana dan Aimi tidak terus menolak, mesti Cikgu Suraya akan menegurnya kerana takut-takut Cikgu Safuan ada menaruh harapan.
“Kau memang tak ada pergi mana-mana ke cuti ni ?” Persoalan yang ditanya pada Aimi yang belum terjawab dek celahan Cikgu Safuan ditanyanya kembali.
“Aku pergi Korea..” jawab Aimi. Dia menjerit. Nasib baik tiada siapa di bilik guru saat itu melainkan meerka berdua.

“Korea? Wahhh.. Kau pergi seorang? Aku tahun ni maybe balik kampung ja. Nak save money buat kahwin.. “
Bilik guru itu dihiasi dengan gelak tawa mereka berdua. Lelaki yang dari tadi hanya mendengar dari balik pintu bilik guru itu hanya mengeluh.
“Korea….”


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Suasana di tanah perkuburan agak lengang petang itu. Beberapa pasangan dan keluarga baru sahaja keluar dari tanah perkuburan itu dan ada beberapa insan lain sedang membacakan Yasin pada makam yang dikunjungi mereka. Aimi membetulkan tudungnya yang ditiup angin. Kuat juga angina petang itu , di samping dada langit yang kelihatan makin gelap menandakan mungkin akan berlaku hujan lebat. Aimi menutup Yasin setelah  selesai membacanya. Bekas kaca yang berisi air disiramnya di atas pusara itu. Batu nisan yang tertera nama “Hakim Radzi bin Muhammad” itu ditatap dan dipegangnya. Saat itu juga ada manik-manik air mata mulai menitis.
“Assalamualaikum abang. Aimi datang ni. Maafkan Aimi sebab sudah lama Aimi tak datang jenguk abang. Mesti abang rindu Aimi kan? Aimi lagi rindukan abang. Satu saat pun abang tak pernah luput dari hati dan fikiran Aimi. 3 tahun ini sangat sukar untuk Aimi. Kehilangan insan-insan yang amat Aimi sayang dalam sekelip mata. 360 darjah hidup Aimi berubah. Yang menemani Aimi hanya air mata dan sakit. Terkadang Aimi rasa seperti jasad tak bernyawa. Ibu dan abah yang banyak bagi dorongan supaya Aimi tetap kuat , tabah dan teruskan hidup… “
Air mata yang mengalir disapunya. Langit yang sedari tadi gelap kini telah memuntahkan isinya ibarat turut berkongsi kesedihan yang Aimi rasai.
“Abang, Aimi nak minta izin abang. Izinkan Aimi menggembara seorang diri. Aimi nak sangat pergi semula tempat yang kita abadikan cinta kita. Aimi tahu ianya sudah tidak sama tanpa abang di sisi Aimi. Tapi, ini antara cara Aimi nak ubati rindu Aimi pada abang. Abang doakan kesalamatan Aimi ya ? “ Tangannya terus mengusap batu nisan itu. Hujan sedikitpun tidak menganjak Aimi dari pusara arwah suaminya itu.


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Suasana di KLIA 2 agak sibuk. Lautan manusia memenuhi segenap ruang di dalam lapangan terbang itu. Mungkin kerana sudah bermula cuti persekolahan, ramai ibu bapa yang mengambil peluang membawa anak-anak pergi melancong. Aimi duduk di sebuah bangku menghadap balai berlepas kerana waktu untuk pesawat berlepas ke Korea masih awal. Ini semua kerana arahan orang tuanya yang mengarahnya supaya datang awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan kesesakan.
Matanya memerhati keadaan sekeliling. Ada beberapa pengunjung yang berlari menuju ke balai pelepasan, ada yang sedang rancak berbual, dan tidak kurang ada beberapa adegan perpisahan antara anak dan orang tuanya yang membuatkan hatinya tersentuh.
“Pergi sana nanti, janji pada ibu , Aimi jaga diri baik-baik. Telefon ibu tiap-tiap hari biar risau ibu reda sedikit. Aimi lah satu-satunya permata hati ibu dan abah.. “
Dahi anaknya itu dikucup dengan penuh kasih. Aimi mengangguk tanda faham. Aimi merasa amat bersyukur kerana akhirnya ibunya merelakan untuknya pergi menggembara seorang diri walaupun pada awalnya ibunya menentang cadangannya itu. Kasih seorang ibu mana mungkin membiarkan anaknya pergi ke negara orang bersendirian tanpa ditemani seorang mahram pun.
“Ada orang tak ? Boleh saya duduk ? “
 Pertanyaan lelaki itu mematikan lamunannya. Aimi memandang raut lelaki itu. Dia terkaku melihat wajah lelaki itu persis insan yang amat dikenalinya.
“Abang… “
Lelaki itu memandang wajah Aimi kehairanan. Abang? Abang mana pula? Sejak bila aku ada adik lagi seorang? Getus hati lelaki itu.
“Cik .. “ Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Aimi. Aimi tersentak. Malu dengan apa terjadi, Aimi terus membelakangkan lelaki itu dan menampar-nampar pipinya.
“Janganlah ditampar pipi tu. Kesian dia. Tak buat salah apa-apa pun kena tampar dengan tuan dia… “ Ketawa lelaki itu mengiringi kata-kata yang diungkapnya. Makin bertambah malu Aimi.
Lelaki itu mengeluarkan gelas yang berisi kopi dari beg plastic yang dipegangnya dari tadi.
“Ah.. panas.. “ Tidak semena-mena kopi yang dipegangnya tumpah ke lantai. Malang menimpa Aimi apabila air kopi panas yang tumpah itu turut mengenai seluarnya.
“Sorry.. sorry cik.. Saya tak sengaja. Sekejap saya carikan tisu .. “ Lelaki itu meraba-raba poket baju dan seluarnya , namun tiada sebarang tisu mahupun sapu tangan dijumpainya.
 “It’s okay. Sikit ja. Saya pergi cuci kat toilet ja.. “ Aimi menolak bantuan lelaki itu. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan berlalu ke tandas.
                Lelaki itu menepuk-nepuk dahinya memarahi tindakannya yang cuai itu. Memalukan betul. Baru sahaja dia nak mengayat perempuan itu.


……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Aimi memandang cermin di hadapannya. Sudah hampir setengah jam dia termenung di dalam tandas itu. Wajah lelaki yang duduk di sebelahnya kembali terbayang di hamparan matanya. Hatinya benar-benar mengiakan. Wajah lelaki itu saling tidak tumpah seperti arwah suaminya. Hatinya berombak. Perasaannya bercelaru. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Terkejut melihat waktu, spontan dia memecut ke balai pelepasan.
“Maaf cik, pesawat dah nak berlepas dah. “ Seorang pengawal bertugas menghalang Aimi dari memasuki balai pelepasan itu.
“Please encik bagi saya masuk… “ Belum sempat Aimi menghabiskan ayatnya, muncul seorang lelaki menegurnya.
“Sayang , kenapa lambat sangat ni ? Maaf encik , itu isteri saya . Dia pergi tandas tadi sebab hal-hal “emergency”… “ Kata lelaki itu sambil jari telunjuknya dituju tepat ke arah Aimi.
“Alah perempuan, macam-macam perkara boleh berlaku. Tak macam kita, lelaki. “ bisiknya ke telinga pengawal bertugas itu.
“Lagipun kami ni nak pergi honeymoon. Takkan saya honeymoon overseas, tapi isteri saya honeymoon kat Malaysia ni ? “ sambungnya lagi.
Aimi hanya termangu mendengar butir bicara lelaki itu. Ternyata pengawal bertugas itu membenarkan Aimi untuk naik ke dalam pesawat.
“Sayang, jom… “
Kata-kata lelaki itu membuat Aimi kembali ke alam nyata. Dia hanya menuruti kata-kata lelaki itu dan berjalan mengiringinya.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi membetulkan tempat duduknya. Matanye tertumpu pada skrin di hadapannya. Kehadiran penghuni kerusi di sebelahnya mencuri tumpuan Aimi. Dia menoleh ke sisi. Senyuman yang terukir di bibirnya terus layu apabila melihat wajah penghuni itu. Dia memandang kembali skrin di hadapannya. Lelaki itu hanya tersenyum melihat tingkah Aimi. Dalam hatinya dia fikir mungkin Aimi masih marah atas kejadian kopi tadi sehingga gadis itu hampir-hampir terlepas pesawat.
“Saya minta maaf pasal kopi tadi and sorry too tentang kejadian tadi. Saya kata yang kita ni husband and wife… “ Lelaki itu memulakan bicara. Kedengaran bunyi penyesalan pada bait –bait tutur katanya.
Aimi hanya membisu. Sesekali terdengar keluhan dari lelaki itu. Adakah dia yang terlalu melampau? Atau dia hanya berkelakuan sedemikian kerana mahu menutupi perasaan yang terbuku di dalam hatinya.
“By the way, mana awak tahu yang flight saya ke Korea ? “ soal Aimi. Pertanyaan Aimi sedikit melegakan lelaki itu.
“Saya ada beratur belakang awak time dapatkan boarding pass. Mungkin awak yang tak perasan saya time tu… “ balasnya sambil menguntum senyum.
“Ohhh yaaa.. Saya Hariz.. “ Lelaki itu mulai memperkenalkan dirinya. Senyuman yang terukir di bibirnya menampakkan lesung pipit yang dimilikinya. Aimi terpaku dengan kehenseman dan ketampanan yang dimiliki oleh lelaki itu.
“Nama awak ?”
“Aimi Sofea.. “
“Nice name..”
“Thanks. “
 Aimi kembali menumpukan perhatiannya pada skrin di hadapannya. Hariz masih memerhati Aimi. Aimi Sofea. Cantik namanya. Secantik tuan empunya badan. Pandangan Hariz tidak menyenangkan Aimi, tapi dia terasa kekok untuk menegur. Oleh itu, Aimi hanya membiarkan perlakuan lelaki itu.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi merebahkan badannya di atas katil itu. Nyaman dan empuk yang dirasai serba sedikit mengurangkan penat dan lelah yang menguasai diri. Aimi memejamkan matanya dan membiarkan udara dari penghawa dingin menghiasi segenap ruang di dalam bilik itu dan memberi keselesaan kepada penghuni di dalam kamar hotel itu.
“Aimi, take care ! jumpa lagi nanti .. “ Lelaki itu menjerit saat Aimi melangkah keluar dari lapangan terbang itu.
Aimi memalingkan tubuhnya dan mencari sumber suara itu. Dari jauh, dia ternampak Hariz sedang melambai-lambaikan tangannya. Aimi sekadar tersenyum dan membalas lambaian lelaki itu.
Aimi membuka matanya. Bayangan senyuman Hariz masih melekat dalam pemikirannya. Rupa dia, bentuk tubuh lelaki itu, senyumannya, malah cara dia bertutur dan memandang wajah Aimi persis seperti arwah suaminya. Aimi menghebuskan nafasnya yang seakan-akan berat. Dalam  hatinya, dia hanya berdoa agar lelaki itu tidak muncul lagi di hadapannya. Saat Aimi sibuk melayani perasaannya sendiri, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Aimi mencapai telefon dari dalam beg tangannya. Dia memerhati nama pemanggil. Ibu.
“Dasar anak bertuah. Tak reti-reti nak call ibu ke beritahu dah sampai ke belum… “ Aimi menjarakkan sedikit jarak antara speaker telefon dengan telinganya. Mahu pecah gegedang telinganya mendengar ibunya berleter.
“Dah sampai la ni bu. Kalau tak macam mana Aimi boleh angkat call ibu ni… “ Kedengarannya ibunya mengucap panjang di hujung talian. Leteran ibunya bersambung selepas itu. Aimi hanya tersenyum dengan leteran ibunya yang entah langsung dia tidak memahami.
“Dah ada kat tempat orang tu, pandai-pandailah jaga diri.selalu hati-hati dengan siapa –siapa sekalipun. Dan paling penting jangan tinggal solat… “
“Dengar tak ni ibu pesan ? “ Sergah ibunya ibarat seorang kapten di medan perang.
“Iyaa… Orang dengar.. Tak payah la jerit-jerit.. “ balas Aimi sambil menggosok-gosok telinganya. Bimbang kalau-kalau terjadi apa-apa pada bahagian dalaman telinganya.
“Okay la ibu. Orang nak berehat ni. Penat. Beritahu kat abah , jangan risau. Pandailah orang jaga diri kat sini. Okay ibu, assalamualaikum… “
Panggilan dimatikan. Telefon dicampaknya di sebelah. Dia mendepangkan tangannya membiarkan dirinya selesa di atas katil itu. Kedua-dua matanya dipejam.
“Abang, Aimi dah sampai kat tempat kita. Tempat yang banyak menyimpan memori indah kita bersama… “
Tanpa sedar, Aimi terus hanyut dalam lenanya bersama memori-memori indahnya bersama arwah suaminya.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Seronok tak sayang datang Korea? “ Mereka jalan beriringan sambil Hakim memeluk tubuh isterinya kesayangan itu.
Aimi menganggukkan kepalanya. Tapi wajahnya menunjukkan riak suam dan kecewa.
“Seronok tu seronok. Tapi buat apa la kita dapat kat tempat klasik macam ni. Membosankan. Pergi la ke Pulau Nami ke, Lotte World ke, Namsan ke. Baru lah best. “ Aimi menjuihkan bibirnya. Hakim tersenyum mendengar bebelan isterinya itu.
“Tu lah sayang tak tahu. Before datang sini, abang dah buat research dulu pasal tempat-tempat kat Korea ni. Selalu kat sini lah diaorang buat shooting drama and filem, and ramai juga artis yang selalu datang kat sini. Mana tahu hari ni rezeki sayang juga Big Bang ke, CN Blue ke… “
Kata-kata suaminya itu membuatkan Aimi begitu teruja sekali. Dia memandang wajah suaminya dan inginkan kepastian. Hakim tergelak besar melihat isterinya begitu lurus mempercayai semua apa yang diberitahunya. Aimi memuncungkan bibirnya selepas sedar dia hanya ditipu. Dia meleraikan pelukan suaminya itu.
“Sudah! Aimi nak jalan sorang-sorang. Abang jangan sesekali ikut saya. Kalau apa-apa jadi kat saya, abang tanggunglah… “ rajuk Aimi sambil berjalan menjauhi suaminya itu.
Hakim menyambung gelaknya melihat telatah comel isterinya yang sedang merajuk itu.

“Menggelamun jauh nampak.. “ Sergah lelaki itu. Aimi tersentak. Dia tersedar dari lamunannya.
Aimi memandang gerangan lelaki yang menyergahnya. Hariz. Nasib baik dia tiada sakit jantung. Kalau tak, sia-sia ja jadi arwah kat Korea ni. Aimi memberi jelingan maut pada lelaki itu. hariz yang sedar yang gadis itu marah akibat sergahannya itu tersenyum-senyum malu , tandanya memohon maaf.
Aimi bergerak meninggalkan lelaki itu dengan wajah sebal. Nampaknya doanya untuk tidak lagi bertemu lelaki itu tidak termakbul. Baru satu hari, wajah lelaki itu terus meuncul di hadapannya. Dia mengelilingi kawasan sekeliling Istana Gyeongbokgung yang merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon.
Aimi mengeluh dek Hariz mengekori ke mana sahaja dia melangkah. Aimi duduk di bangku yang terletak di luar kawasan perkarangan istana itu. buku yang dipegangnya diletakkan ke tepi.
“Kenapa awak ni asyik ikut saya ja ? “ Aimi bersuara pada Hariz yang melabuhkan punggung di sebelahnya. Lelaki itu masih leka dengan kameranya.
Hariz langsung tidak menjawab pertanyaan gadis itu. Dia menghala kamera itu ke arah Aimi untuk menangkap gambarnya. Aimi terus menghalang lensa kameranya itu dengan tangannya.
“Maaf. Tapi saya keberatan.. “ beritahu Aimi.
Hariz menurunkan kameranya dan meletakkan ke ribanya.
“Awak datang sini seorang je ke? Buat apa? “ soal Hariz.
“Apahal yang busybody sangat mamat ni ? “ getus Aimi di dalam hatinya.
“None of your business.. “ jawab Aimi tanpa perasan.
Aimi berganjak dari tempat duduknya dan meninggalkan lelaki itu. hariz sekadar tersenyum melihat gadis itu. Baginya, Aimi itu memang seorang gadis yang cantik. Malah sikap gadis itu yang baginya amat ‘cool’ dan selamba menambahkan lagi keistimewaan yang dimiliki gadis itu.
Saat Hariz ingin bergerak, dia terpandang pada sebuah buku di atas kerusi itu. Dia teringat yang Aimi ada memegang buku itu tadi. Dia mengambil buku dan menyimpannya ke dalam beg sandangnya.


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi cuba mencari di dalam beg tangannya dan segala ruang di dalam bilik itu. Di bawah katil, dalam almari, dalam tandas, tapi tetap juga dia tidak menjumpainya.
“Mana aku letak buku tu ni? Ke tertinggal mana-mana masa keluar tadi? “ Aimi merebahkan badannya ke atas katil.
Dia amat risau dek kehilangan buku memorinya bersama arwah suaminya. Buku yang banyak menyimpa nostalgia indahnya bersama lelaki yang amat dicintainya itu. dia menekup mukanya dengan bantal dan menjerit sekuat hati. Memarahi dirinya disebabkan kecuaiannya, buku itu telah hilang.

Hariz meneliti buku itu. Dia membuka dan matanya terpaku melihat isi di dalamnya. Aimi dengan seseorang lelaki. Mereka begitu rapat ibarat pasangan suami isteri. Tapi, yang paling mengejutkannya adalah wajah lelaki itu.
“Sejak bila dia pernah bercuti ke Korea dengan gadis itu. rasanya baru beberapa hari ini dia mengenali gadis itu… “ fikirnya.
Dia membuka halaman terakhir buku itu dan terpandang tulisan di atasnya.
“Terima kasih isteriku. Abang sayangkan dirimu  teramat sangat hingga nafas abang yang terakhir. Sampai hujung nyawa, hanya dirimu yang menjadi pelengkap hidup abang… I love U, Aimi… “
Hariz menutup buku itu dengan rasa penuh kecewa. Rupa-rupanya Aimi sudah menjadi isteri orang. Punah hancur harapannya untuk mendekati gadis itu. Namun yang paling mengejutkannya adalah wajah lelaki di dalam foto tersebut.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Udara di gunung Namsan itu amat dingin dan mampu menyegarkan semua pengunjung yang berkunjung di situ. Aimi mendepakan tangannya dan membiarkan dirinya larut bersama-sama kesegaran dan keindahan ciptaan Tuhan itu.
“Nah… “ Sebuah buku dihulurkan kepada Aimi. Aimi segera menjatuhkan tangannya dan melihat lelaki yang berdiri di hadapannya.
“Awak lagi. Mana-mana saya pergi mesti ada awak.. “ Aimi mengeluh. Dia tidak selesa apabila berdekatan lelaki itu. Bukan kerana lelaki itu ada membuat apa-apa salah padanya, tapi dia cuma berasa kurang selesa kerana setiap kali dia melihat lelaki itu, hatinya menjadi tidak keruan.
“Mungkin sebab kita ada jodoh.. “ Hariz tersenyum.
Aimi memandang buku yang dihulurkan oleh lelaki itu. Buku milik arwah suaminya. Aimi cepat-cepat mengambil buku itu daripada Hariz. Dia berterima kasih kepada lelaki itu kerana menjumpai buku itu.
“Maafkan saya sebab buka buku itu tanpa meminta izin awak. saya Cuma ingin mengetahui pemilik buku itu. Dan saya terlihat gambar awak dengan seorang lelaki.. “ Hariz menundukkan kepalanya. “Nampak sangat mesra.. “ Suaranya begitu perlahan dan seakan-akan tersekat di kerongkongnya.
“Saya minta maaf sebab selama ini saya tidak tahu awak sebenarnya sudah bersuami. Dan wajah dia.. “ Suara lelaki itu tenggelam timbul. Kata-katanya terhenti di situ.
 Aimi perasankan sesuatu pada lelaki itu. Jelas kekecewaan pada wajah lelaki itu apabila mengetahui status dirinya. Dan lelaki itu amat terkejut apabila melihat wajah suaminya di dalam foto-foto tersebut. Masakan tidak, hampir 99.99 % ketepatan dan kesamaan wajah mereka berdua.
Adakah sebenarnya lelaki itu jatuh cinta padanya? Segera dia menjernihkan kembali kepalanya dari memikirkan sesuatu yang tidak masuk akal itu. Aimi melabuhkan punggungnya di situ. Hariz mengikuti tingkahnya itu.
“Saya tak pernah ceritakan hal ini kepada orang lain melainkan keluarga dan teman yang betul-betul saya rapat sahaja. Memandangkan kita dah saling mengenali dan awak pun dah tahu status saya, baik saya ceritakan pada awak… “ tutur Aimi.
Aimi menceritakan segala cerita yang menimpa sebelum mengenali Hakim hinggalah saat Hakim pergi selamanya dari hidupnya. Cerita dia dilamar Safuan berkali-kali, tapi ditolaknya. Boleh diceritakan hampir semua dikongsinya pada Hariz. Bahkan dia terasa amat lapang dan gembira apabila berkongsi ceritanya dengan lelaki itu.
Hariz begitu tekun mendengar segala luahan gadis itu. Di dalam hatinya, dia amat berbangga dengan Aimi. Gadis yang selama ini dianggapnya selalu ceria dan selamba , rupanya menyimpan begitu banyak kedukaan dan kesedihan dalam dirinya.
“Sebab itulah saya ke sini. Dekat Korea ni begitu banyak moment-moment indah yang kami cipta bersama… “ sambung gadis itu lagi.
Aimi memandang Hariz. Tampak riak kasihan pada wajah lelaki itu setelah mendengar ceritanya.
“Janganlah buat muka kasihan macam tu. Saya datang sini bukan nak sedih-sedih or tengok orang lain bersedih… “ Aimi gelak. Hariz yang sedar sindiran Aimi itu hanya tersenyum.
Aimi mengangkat punggungnya dari tempat duduknya.
“Awak nak pergi mana? “ soal Hariz.
“Alang-alang dah sampai sini, kena la naik sampai ke puncak dia. Macam-macam benda menarik ada kat atas sana.. “ jawab Aimi.
Lelaki itu mengikut jejak langkah Aimi.
“Aimi… “ panggil Hariz. Aimi memalingkan wajahnya ke arah Hariz.
“Saya rasa saya dah jatuh cinta pada awak… “
Kata-kata Hariz membuatkan Aimi terdiam. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Kenapa dia rasa bahagia apabila lelaki itu berkata sebegitu? Adakah dia juga merasai benda yang sama yang dirasai lelaki itu? Aimi mempercepatkan langkahnya. Semakin dia dekat dengan lelaki itu, makin tidak keruan dia jadinya.

“Wahhh… Banyak betul kunci.. “ Lelaki itu terpegun melihat begitu banyak kunci yang terdapat di situ.
“Ni namanya ialah love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan… “ terang Aimi pada lelaki itu.
“Awak punya ada? “ tanya Hariz.
Aimi menunjukkan kunci miliknya pada Hariz yang tertulis ‘Love H & A’ dan terdapat symbol hati pada kunci itu.
“H dan A ?? “
“Hakim dan Aimi.. “
“Ohh.. saya ingat Hariz dan Aimi.. “
Aimi terdiam. Senyuman manis terukir di bibir Hariz.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Tak sangka pula sebenarnya kita stay kat hotel yang sama.. “ Mereka beriringan masuk melalui pintu utama hotel itu dan menuju ke arah lif.
“Aimi ! “
Aimi tersentak apabila mendengar ada orang menjerit memanggil namanya. Aimi mencari dari mana datangnya suara itu. Dari jauh dia dapat melihat seorang lelaki datang menuju ke arahnya dan Hariz. Dia amat mengenali susuk tubuh lelaki itu. Safuan.
“Ikut saya… “ Tangan Aimi ditariknya.
                Aimi tersentak. Hariz yang berada di situ turut terkejut melihat kejadian yang dilihatnya itu. Aimi meminta agar Safuan melepaskan tangannya, tetapi lelaki itu enggan.
“Awak, dengar tak apa yang Aimi cakap? Dia suruh awak lepaskan tangan dia kan?Lagipun awak ni siapa pada Aimi.. “ Hariz cuba menahan amarahnya melihat Aimi dikasari sedemikian rupa.
“Aku Safuan. Kekasih and bakal tunang dia. Kau jangan masuk campur urusan aku kami… “ jawab Safuan.
“Jadi inilah Safuan yang diceritakan Aimi tadi.. “ getus hatinya.
Safuan menarik tangan Aimi dan membawanya ke satu ruang dalam hotel itu.
“Apa awak buat kat sini? “ soal Aimi marah. Dia masih cuba meleraikan pegangan lelaki itu pada tangannya.
“Siapa lelaki tu? “ Tengking lelaki itu.
Sebenarnya sudah dua hari Safuan mengekori jejak Aimi di Korea. Setiap kali dia mengekori gadis itu, mesti akan muncul Hariz saat itu. Dia begitu marah. Marahnya sampai ke puncak apabila melihat keakraban dan kemesraan mereka ketika di puncak gunung Namsan.
Safuan mengenggam lagi kuat tangan Aimi menyebabkan gadis itu menjerit dan menitiskan air mata kerana sakit yang dirasainya. Safuan begitu geram apabila pertanyaan langsung tidak dihirau gadis yang amat digilainya itu.
“Lepaskan tangan kau Safuan sebelum aku belasah kau.. “ marah Hariz melihat Aimi disakiti Safuan. Safuan melepaskan genggaman tangannya pada pergelangan tangan Aimi. Aimi berlari merapati Hariz. Safuan sekadar mendengus.
“ Kau dengar sini Safuan. Dalam dunia ni aku paling pantang 2 benda. Satu, lelaki sakiti perempuan and kedua, lelaki yang menyebabkan perempuan menangis. Lagi sekali aku tengok kau cuba sakiti Aimi, nahas kau aku kerjakan.. “ ugut Hariz.
Hariz membawa Aimi pergi dari situ. Safuan mendengus geram.
“Siaplah kau. Siapa pun kau, aku akan pastikan kau merana kalau kau cuba rampas Aimi daripada aku… “ katanya di dalam hati.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Kenapalah saya ikut awak datang sini? “ keluh Hariz.
Aimi tergelak mendengar keluhan lelaki itu. Di kiri dan kanan tangan lelaki itu penuh dengan barang yang dibelinya.
Myeongdong merupakan syurga fesyen dan kosmetik di Korea. Di sini terdapat banyak kedai baju dan kosmetik samada untuk ‘indoor’ mahupun ‘outdoor’. Sudah menjadi kelaziman juga , Myeongdong akan dibanjiri dengan manusia yang ingin membeli belah kerana harga yang ditawarkan berpatutan dan sekiranya pandai tawar-menawar merupakan suatu bonus bagi ‘kaki shopping’ sepertinya.
“By the way, thanks untuk semalam.. “ ucap Aimi pada Hariz. Dia amat terhutang budi dengan lelaki itu kerana menyelamatkannya dari kegilaan Safuan itu.
“Safuan macam terlalu cintakan awak saya tengok. Macam terlalu obsess dengan awak.. “ Kata-kata Hariz membuatkan Aimi terdiam.
Sejak sebelum dia mengenali Hakim lagi, Safuan sudah menaruh harapan terhadapnya. Bahkan lelaki itu pergi cuba membunuh diri dengan menelan ubat secara berlebihan apabila mengetahui mengenai berita perkahwinannya dengan Hakim. Safuan juga tidak henti-henti mengajaknya berkahwin sejak kematian Hakim, tapi dia terus sahaja menolaknya. Bermacam-macam alasan yang diberikan, tetapi Safuan masih tidak boleh menerima yang Aimi langsung tidak mencintainya.
“Aimi, boleh saya tanya something? “ Hariz bertanya setelah melihat gadis itu hanya terdiam. Aimi tersenyum mengangguk.
“Macam mana ciri-ciri lelaki yang Aimi suka untuk dijadikan suami? “
Persoalan yang dituju padanya membuatkan Aimi tergelak besar. Langsung tidak terlintas di benaknya bahawa lelaki itu akan menanyakannya soalan sebegitu.
“Aimi tak pernah mencari kesempurnaan dalam mana-mana lelaki sebab tiada satu makhluk pun yang sempurna di dunia ini termasuk saya sendiri. Baik buruk kita , semua sama di sisi Allah. Cukuplah lelaki yang akan menjadi bakal imam saya seorang yang pandai menjaga agama. Bila dia pandai menjaga agama, pasti semua yang Allah perintah, dia akan patuh dan semua yang Allah ingkar, dia akan halang daripada berbuat perbuatan itu… “
Hariz tersenyum mendengar jawapan jujur daripada gadis itu. Makin bertambah rasa untuk memiliki gadis itu dalam dirinya. Tidak kisahlah Aimi pernah berkahwin sekalipun, yang penting hati dan akhlak seseorang itu.
“Abang nak tanya, apa yang Aimi paling suka pada abang? Rupa abang yang hensem? Sebab abang ni romantik? Atau sebab abang ni pujaan ramai gadis dan Aimi seorang sahaja yang mampu takluk hati abang? “ Hakim mengusap lembut kepala isterinya yang dilentokkan atas tubuhnya.
“Perasan! Nak tahu kenapa Aimi suka abang? “ Soal Aimi kembali. Suaminya itu mengangguk laju.
“Abang percayakan takdir? “ Hakim mengangguk lagi.
“Bila abang sudah ditakdirkan untuk saya, even saya suka or benci abang tahap petala kelapan sekalipun, percayalah kita akan tetap bersama. Jodoh kita sudah lama tertulis. Baik buruk abang semua Aimi terima sepertimana abang terima baik buruk saya. Terima kasih abang kerana menjadi takdir saya… “
Aimi memandang wajah lelaki itu dengan penuh kasih. Hakim memeluk isterinya itu erat. Dia bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang gadis yang terbaik dalam hidupnya.


Suasana dalam kafe itu cukup mempesonakan dan romantik. Malam itu Hariz telah mengajaknya keluar makan malam dan dia tidak mampu menolaknya. Semakin mengenali Hariz, dia terasa makin selesa dan seronok berkawan dengan lelaki itu, sehingga terbit suatu rasa dalam hatinya.
Kelihatan juga ada sebuah kumpulan muzik yang menyanyi dalam bahasa Korea dan Inggeris. Walaupun dia tidak memahami bahasa Korea, tapi dia tetap terhibur dengan persembahan mereka.
“Awak pandai nyanyi? “ Pertanyaan Hariz membuatkan Aimi hampir tersedak.
Aimi menggelengkan kepalanya.
“Setakat nyanyi dalam bilik air tu boleh lah. Kalau nyanyi kat orang ramai, mahu tutup teling semua orang. Takut-takut siap kena baling dengan barang lagi.. “ gelak Aimi.
Hariz meminta diri ke tandas. Seketika kemudian dia kembali.
“Okay, now for our next performance, I would invite our special guest who come from Malaysia to sing a song. Ladies and gentleman, here we are, Aimi Sofea… “ Hos itu memanggil nama Aimi sambil menunjukkan ke arahnya. Aimi betul-betul terkejut ibarat terkena renjatan elektrik.
 “Aimi Sofea. Aku ?”
Aimi memandang Hariz. Lelaki itu sedang menahan gelak. Sah ini kes aniayai. Dia menunjukkan penumbuknya pada lelaki itu.
“Miss Aimi Sofea? “
Hos itu memanggil sekali lagi namanya. Pengunjung di kafe itu sudah bertepuk dan menyorak namanya. Dia akur. Dia mengatur langkah dan menuju ke pentas itu. Dia berbicara sesuatu dengan pemuzik di atas pentas itu. Agak sukar untuknya berkomunikasi kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu, dan hanya memahami sedikit bahasa Inggeris. Akhirnya, Aimi melabuhkan punggungnya pada kerusi yang disediakan. Mikrofon dibetulkannya.
“Actually I’m not a good singer, but I will give my best. If u don’t like I’m singing, I’m okay. But please don’t scream any harsh comments.. “ Pengunjung di kafe itu tergelak mendengar kata-kata Aimi.
“And by the way this song is a Malay song as I’m not so good in English and extremely bad in Korean songs. However, this song have a very much meaning to me as my late husband used to sing this song during his life.  It’s okay if u don’t understand the mening, but I hope u guys can feel as much as I feel… “ Kedengaran sendu pada bait-bait yang dipertuturkannya. Mereka yang lain bertepuk tangan memberi galakan kepada Aimi.
Musik dimainkan.
Hadirmu memabawakan rasa bahagia
Hilangmu menghadirkan rasa rindu
Dalam diam-diam
Aku telah jatuh cinta denganmu
Hembusan angin menyatakan rinduku padamu
Berarakan awan melindungi setiap rasaku
Mtaku tak berkedip menatap dirimu
Mendengarku jiwaku berkata-kata
Mana mungkin ku abaikan kata hatiku
Ku harus jujur cinta itu milik kita
Kau dan aku takkan muka terpisahkan
Ibarat irama melengkapi bait-bait lagu
Tuhan izinkan aku melafazkan cintaku
Andai dia pelengkap hidupku
Hingga akhir nafasku
Cinta ini terus mewangi untukmu


Sepanjang Aimi menyanyi, matanya tertumpu kepada seorang jejaka yang asyik memerhatinya dengan penuh perasaan yang membuatkan memorinya bersama arwah Hakim kembali menerewang di dalam kotak pemikirannya. Hariz yang sedar pandangan mata Aimi padanya hanya membiarkan mata mereka bertemu. Setiap lafaz yang dinyanyikan oleh Aimi dapat dirasai Hariz. Rasa sakit dan pedih yang ditanggung Aimi selama ini ibarat meresapi dalam dirinya. Dalam hatinya, dia bertekad akan menjaga dan mencintai gadis itu sungguh-sungguh dengan seluruh jiwa raganya.
Semua bertepuk dan bersorak saat Aimi selesai menyanyi. Pandangan Aimi dan Hariz masih bersatu. Hariz menghadiahkan satu senyuman manis padanya yang membiarkan jantungnya berdegup makin kencang.


Hariz menghantar Aimi sehingga depan pintu kamarnya. Aimi terus masuk dan saat dia ingin menutup pintu, Hariz cepat-cepat menghalangnya.
“Still marahkan saya ke pasal tadi? “ Aimi mencebik.
“Suara awak betul-betul sedap. Ramai yang puji… “ Hariz cuba mengambil hati gadis itu. Aimi menjelirkan lidahnya sambil memberikan jelingan mautnya. Dia cuba menutup pintunya kembali tapi masih dihalang Hariz.
“By the way esok awak nak ke mana? Nak ikut? “ rengeknya persis anak kecil meminta jajan.
Aimi tergelak.
“Esok saya ingat nak pergi Pulau Nami… “
Hariz mengangguk tanda faham. Kali ini Aimi berjaya menutup pintunya setelah berkali-kali dihalang oleh Hariz. hariz tersenyum. Dia begitu puas dapat meluangkan masanya bersama-sama Aimi di Korea. Perkara yang langsung tidak pernah terduga di akalnya. Hariz amat bersyukur.


Gadis itu masih sabar menanti Hariz. Seketika kemudian, kelibat Hariz menggembirakan hati gadis itu.
“Intan buat apa kat sini ? “ tanya Hariz kehairanan.
“Salah abang Hariz la semua ni. Datang sini bukannya nak beritahu Intan pun. Dah lama dah kan Intan beritahu nak datang sini. Ini pun nasib baik Mak Long yang beritahu Intan abang ada kat Korea… “
Hariz mengeluh. Mamanya ini langsung tidak pandai menyimpan rahsia. Sudah diberitahu jangan beritahu siapa-siapa tentang keberadaan di Korea. Intan ini merupakan sepupu sebelah papanya. Gadis itu cukup manja dengannya mungkin kerana mereka sudah rapat dari zaman kanak-kanak lagi.
“Habistu , buat apa Intan datang cari abang sampai ke sini ? “ Hariz mengeluh.
“Takkan nak jumpa bakal tunang sendiri pun tak boleh ? “ Intan melemparkan senyum manisnya.
Bakal tunang? Kali ini lagi panjang keluhan Hariz. Bila difikirkan balik hanya menyakitkan hatinya. Sudah berkali-kali dia membantah cadangan mama dan papanya untuk menjodohkannya dengan Intan, tetapi tidak berhasil. Kata papanya, ini merupakan amanat terakhir arwah atok sebelum dia meninggal untuk mengahwinkan Hariz dengan Intan.
“Rilek lah bang. Intan datang sini sebab Intan ada nak beritahu something and Intan nak minta tolong abang… “ terang Intan tentang tujuannya ke sana.
“Apa dia? “ Hariz mengangkat keningnya.
“Abang pun. Bawalah Intan pergi mana-mana and cakap kat sana. Tak best la cakap kat sini… “ Kali ini giliran Hariz mencebik.
“Macam-macam… “ omel Hariz di dalam hati.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Rakaman video itu benar-benar mengejutkan Aimi. Hampir sahaja gelas minuman di tangannya mahu terlepas menghempas lantai kafe itu. Bakal tunang? Safuan tersenyum melihat reaksi Aimi. Inilah peluangnya untuk mencucuk gadis itu dan membuatkan hubungan percintaan mereka berantakan.
“Tak sangka rupanya lelaki itu dah ada bakal tunang. Tapi still nak menggatal dengan perempuan lain… “ Safuan cuba menghasut. Banyak perkara buruk tentang Hariz disebut oleh Safuan untuk cuba mencucuk Aimi meninggalkan lelaki itu. Namun, Aimi hanya diam tanpa bersuara.
“Awak patut jumpa and maki dia. Lelaki macam ni memang tak layak duduk kat dunia ni. Baik pergi mampus ja. Habis semua perempuan nak ditacklenya. Ingat perempuan ni apa? Pakai, bila bosan terus buang? Tak guna punya jantan. Kalau I jumpa dia, mati I kerjakan sebab mainkan U… “
Aimi langsung tidak terkata-kata. Dia masih terkejut dengan hakikat yang lelaki itu sebenarnya bakal bertunang. Aimi berlalu pergi meninggalkan Safuan bersendirian di kafe itu. safuan cuba memanggil Aimi, tapi tidak dilayan. Safuan mengutuk Aimi yang dirasakannya masih bodoh kerana langsung tidak bertindak apa-apa terhadap Hariz.



Hariz cuba menelefon Aimi berkali-kali tetapi gagal. Hatinya berasa tidak enak kerana mesej yang dikirimnya juga langsung tidak dibalasnya. Dia merebahkan badannya ke katil.
“By the way esok awak nak ke mana? Nak ikut? “ rengeknya persis anak kecil meminta jajan.
Aimi tergelak.
“Esok saya ingat nak pergi Pulau Nami… “

Hembusan angin yang bertiup seiring dengan bunyi unggas menaikkan ketenangan yang dipancarkan oleh keindahan ciptaan Allah itu. Aimi memandang sucinya dan bersihnya air pantai itu sambil duduk di sebuah batu besar. Aimi jauh membawanya fikirannya terbang.
“Tak sangka rupanya lelaki itu dah ada bakal tunang. Tapi still nak menggatal dengan perempuan lain… “ Safuan cuba menghasut. Banyak perkara buruk tentang Hariz disebut oleh Safuan untuk cuba mencucuk Aimi meninggalkan lelaki itu. Namun, Aimi hanya diam tanpa bersuara.

Aimi meraup wajahnya berkali-kali. Sungguh dia tidak menyangka rupa-rupanya lelaki yang menyatakan cinta padanya itu bakal bertunang.
“Saya dah agak awak datang sini. Kenapa tak tunggu saya ? “ Aimi tersentak dari lamunannya. Hariz turut melabuhkan punggungnya di sebelah Aimi.
Aimi hanya mendiamka diri. Pertanyaan lelaki itu dibiarkan tidak berjawab. Langsung dia tidak menatap lelaki itu. Hariz perasan sesuatu yang aneh menimpa gadis itu. Adakah dia ada berbuat salah tetapi tidak disedarinya?
“Awak, saya ada buat something yang membuatkan awak marahkan saya? “ Hariz menyoal.
“Beritahulah saya kalau ada. Boleh saya betulkannya.. “sambung lelaki itu.
“Kenapa awak tipu saya? “ Kedengaran sendu pada bait-bait yang ditutur Aimi.
Hariz terkejut. Tipu? Apakah yang dia sudah bohongi pada gadis itu? Mulutnya terkunci kerana dia tidak tahu apa yang sebenarnya sudah berlaku.
“Kenapa awak tipu saya yang awak sebenarnya bakal bertunang? Kenapa awak nak mainkan perasaan saya? Adakah janda seperti saya ini tiada nilai pada wajah awak? “ Ada air jernih mengalir dari kelopak mata Aimi. Hariz tersentak mendengar kata-kata gadis itu.
“Bertunang? Apa maksud awak? Saya tak faham.. “
“Cukuplah awak nak tipu. Bukan semalam bakal tunang awak datang berjumpa awak? “ Aimi mengesat air matanya yang mengalir.
Barulah Haris tersedar bahawa gadis itu bercerita mengenai Intan. Tapi dari tahu gadis ini mengetahui soal ini. Hariz berasa bersalah kerana tidak berceritakan soal ini pada Aimi lebih awal. Dan sekarang gadis itu sudah salah sangka terhadapnya.
“Sebenarnya ia bukan seperti yang awak fikirkan. Yes! Betul. Gadis itu bakal tunang saya and supposedly kami akan bertunang hujung bulan ni. Tapi percayalah, sama ada saya mahupun gadis itu , kami langsung tidak ada apa-apa perasaan and kami memang menentang perjodohan kami… “
“Dia datang sini semalam berjumpa saya kerana ingin memohon pertolongan daripada saya untuk menyelesaikan masalah kami ini… “ sambung Hariz lagi.
“Kita kena berbuat sesuatu abang. Kita punya majlis makin lama makin dekat. And Intan tak nak sampai benda ni berlaku. Kita tak lebih daripada cuma daripada hubungan adik abang. “
Hariz mendengar kata-kata gadis itu. Sudah bermacam-macam cara mereka lakukan untuk menghalang perjodohan mereka, tetapi tidak berjaya.
“Jadi apa rancangan Intan ? “

“Intan datang semalam sebab nak berbincang macam mana kami nak putuskan perjodohan kami ini. Lagipun tujuan saya datang ke sini juga untuk mengelak daripada terlibat dalam proses pertunangan itu. Maafkan saya Aimi kerana tidak memberitahu awak awal-awal soal ini sehingga awak dah salah faham. Saya cuma cari waktu yang sesuai sebab saya tahu tujuan awak datang ke sini untuk kurangkan beban awak. Sebab itu saya tak nak tambahkan beban awak lagi… “
Aimi terdiam. Dia menyesal kerana tidak bertanyakan terus hal itu pada Hariz, sebaliknya membawa dirinya lari bersama masalah itu. sekurang-kurangnya kalau dia terus berterus terang, tak adalah ini terjadi.
“Saya minta maaf.. “ pinta Aimi. Hariz tersenyum.
“Saya cintakan awak. Takkanlah saya nak buat sesuatu yang menyakitkan hati awak.. “ Hidung gadis itu dicuitnya. Senyum Aimi terukir di bibirnya.
“Alang-alang dah ada kat sini, ada something saya nak buat? “ Aimi berkata.
“Apa dia? “ Soal Hariz dengan keningnya terangkat. Gadis itu tersenyum lebar.


“Aimi janganlah lari. Penat saya nak kejar awak… “
Hariz terus mengejar Aimi yang semakin jauh di hadapannya. Belum sempat dia meneruskan kejarannya, dia rebah. Aimi memalingkan wajahnya dan melihat lelaki itu rebah terus patah balik dan mendapatkan lelaki itu. Mata Hariz tertutup.
“Hariz, awak okay tak? “ Jelas kerisauan pada wajah Aimi.
Hariz membuka matanya dan menarik tangan Aimi menyebabkan tubuhnya jatuh ke atas tanah. Aimi menjerit dengan tindakan lelaki itu. Hariz memusingkan badannya dan menatap wajah Aimi.
“I love U…” Wajah Aimi bertukar merah apabila mendengar lafaz yang ditutur lelaki itu.
“I love U too… “ Aimi membaling pasir ke muka Hariz dan terus berlari jauh. Hariz tersenyum sambil menyapu pasir yang terlekat pada wajahnya. Dia  berdiri dan meneruskan kejarannya.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

 “Aku tahu kau yang beritahu Aimi semua pasal aku nak bertunang kan? “ marah Hariz.
Hariz memegang kolar baju Safuan dan menolaknya ke dinding. Safuan tersenyum sinis. Dia berasa sangat puas kerana dia amat yakin yang hubungan Hariz dengan Aimi sudah hancur berkecai.
“Tapi sayang, taktik kau tak menjadi. But thanks to U, sekarang hubungan aku dengan Aimi makin rapat dan bahagia. Mungkin kami akan bertunang bila balik Malaysia nanti… “
Kata-kata Hariz membuatkan senyum kepuasan yang terukir pada bibir Safuan terus mati. Kali ini giliran Hariz yang tersenyum melihat reaksi terkejut pada wajah Safuan. Hariz meleraikan genggamannya pada kolar baju Safuan.
“Lepas ni aku nak kau stop ganggu hubungan aku dengan Aimi. Kalau tidak, siap kau.. “ ugut Hariz sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu.
Safuan geram. Rasa marahnya terhadap lelaki itu main membuak-buak. Rancangannya yang diharapnya berjaya memusnahkan hubungan Hariz dan Aimi gagal sepenuhnya. Safuan mendengus kasar.
“Aku kena bertindak cepat sebelum aku kehilangan Aimi buat kali kedua atau mungkin buat selamanya… “ Safuan berkata di dalam hatinya. Dinding di hadapannya ditumbuknya bagi melepaskan rasa marah yang berbuku dalam hatinya.



Hari ini merupakan hari terakhir Aimi berada di Korea. Sudah hampir dua minggu dia berada di sana dan selama itu jugalah Hariz menjadi peneman yang setia di sisinya. Dia berasa amat selesa bila bersama lelaki itu, bahkan rasa cinta yang tumbuh mekar dalam hatinya buat lelaki itu makin hari makin harum mewangi.
“Abang.. terima kasih untuk doa abang. Sekarang Aimi sudah berjumpa kebahagiaan Aimi setelah lama Aimi hanya mengulam derita… “ Aimi mendongak ke langit. Rasa rindu pada arwah suaminya tidak pernah terkurang walau sedikit dalam atmanya.
“Menggelamun jauh nampak? “ Aimi tersedar dari lamunanya. Dia tersenyum melihat wajah Hariz di hadapannya.
“Sudah bersedia? “ Tanya Hariz sambil tangannya memegang peralatan ski.
“Sudah kapten! “ Jawab Aimi sampil mengangkat tangannya tanda tunjuk hormat. Gelak mereka berdua sama-sama pecah.
YongPyong Ski Resort yang terletak di Gangwon-do merupakan salah satu kunjungan ski resort yang kebiasaannya dibuka sekitar pertengahan November sehingga bulan Mac. Ia menjadi lokasi piliha orang ramai untuk bermain ski ais kerana tempatnya yang menarik, luas dan harganya juga berpatutan.
“Saya takutlah… “ jerit Aimi.
“Lepaskan je tangan awak tu. Tak apa, saya ada kat bawah. Saya takkan biarkan awak jatuh atau cedera… “
Laungan Hariz memberikan sedikit kekuatan kepadanya untuk melepaskan tangannya. Laju Aimi turun meluncur ke bawah. Hariz yang tergamam melihat kelajuan luncuran gadis itu terus bersedia untuk menyambutnya. Aimi terus bergerak laju dan melanggar Hariz yang ingin menyambutnya, lalu mereka jatuh ke atas tanah yang dipenuhi ais itu. Pandangan mereka bertemu saat tubuh Aimi jatuh ke atas tubuh Hariz. Mereka cepat-cepat melarikan pandangan mereka kerana perasaan malu yang tiba-tiba hadir.
Pengalaman Aimi di Korea kali itu menambahkan lagi memori-memori indah bersama lelaki yang dicintainya. Jika dahulu dia datang bersama suaminya, kini dia bersama melayari bahtera hidup dengan lelaki yang mungkin juga akan menjadi pasangan hidup. Aimi bersyukur sangat-sangat kerana Allah telah mengurniakan satu kebahagiaan terbesar dalam hidupnya. Benarlah kata orang, bukan selamanya Allah akan hadirkan derita kerana di penghujungnya sudah tentu aka nada sinar yang menanti, dan Aimi telah menemukan sinar itu pada lelaki itu.



Setibanya Aimi di Malaysia, belum sempat dia melepaskan lelahnya, ibu berkata dahulu sewaktu mereka ingin menuju pulang ke rumah dari lapangan terbang.
“Esok someone nak datang rumah kita… “ Puan Aisyah bersuara.
“Siapa dia? “ Aimi menyoal kembali. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam dirinya.
“Safuan… “
Aimi mendengus perlahan. Apa lagi yang dimahukan lelaki itu. Tidak cukup lagikah masalah yang dia timbulkan padanya selama ini.
“Ingat manusia penting mana nak datang esok… “ keluh Aimi.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Ruang tamu itu sepi sunyi. Tiada suara dari satu orang pun kedengaran melainkan bunyi kipas siling yang berputar. Semua terdiam saat segala luahan dan isi hati lelaki itu diperluahkan.
“Ibu sudah fikir masak-masak dan ibu setuju dengan hajat Safuan itu.. “
Akhirnya Puan Aisyah bersuara. Aimi yang duduk di tengah-tengah ibu dan abahnya terkejut mendengar apa yang dituturkan oleh ibunya itu. Safuan yang duduk dbertentangannya dengannya tersenyum mendengar keputusan itu.
“Tapi ibu… “ Aimi cuba bersuara tapi dihalang ibunya.
“Kali ini keputusan ibu adalah muktamad. Dan Aimi kena akur dengan keputusan yang ibu buat ni… “ perintah Puan Aisyah.
“Abah… “ Cubaan Aimi untuk meraih simpati abahnya juga turut menemui titik kegagalan apabila abahnya itu hanya berdiamkan diri.
“Kenapa semua orang dalam rumah ni tak boleh faham perasaan Aimi ? Selama ini Aimi turut ja cakap ibu dan abah , tapi kali ini tidak . Jodoh, pasangan hidup Aimi biar Aimi sendiri yang tentukan… “ Aimi mulai geram dan marah. Tanpa berfikir panjang, Aimi bingkas bangun dari tempat duduknya dan berlari menuju ke kamarnya yang berada di tingkat atas. Mereka yang berada di ruang tamu hanya memerhati gerak langkahnya itu. Pintu kamarnya ditutup kuat tanda protes. Safuan tersenyum dan bersorak di dalam hati.
“Akhirnya kau akan jadi milik aku juga Aimi… “


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Kamar Aimi diketuk. Dipulas tombol pintu itu dan ditolaknya perlahan-lahan. Gelap. Hanya lampu tidur yang menerangi sedikit kegelapan bilik itu. Kelihatan Aimi yang sedang berbaring membelakangkan pintu. Cahaya dari telefon bimbitnya menandakan Aimi belum terlena. Puan Aisyah mengatur langkah menuju ke katil dan melabuhkan punggungnya. Anaknya itu diperhatikan dengan penuh kasih. Menyedari kehadiran ibunya, Aimi terus menutup matanya dan berpura-pura tidur.
“Aimi, sayang tak nak makan ke? Dari tengah hari tadi Aimi tak makan apa-apa. Nanti kalau jatuh sakit macam mana? Isi perut tu sikit. Ibu ada masak lauk kegemaran Aimi. Ayam gulai tempoyak.. “
Puan Aisyah cuba memujuk anaknya itu. Sejak kejadian yang berlaku pada pagi itu, Aimi langsung tidak keluar dari biliknya. Sampai makan pun tidak diendahkannya. Aimi hanya membisu. Tiada jawapan dari soalan ibunya itu.
“Sayang masih marahkan ibu ?“
Pertanyaan ibunya kali itu membuatkan Aimi membuka semula matanya. Dia menghela panjang.
“Kenapa ibu buat keputusan tanpa langsung berbincang dengan Aimi? Aimi ada hak. Hak untuk memilih siapa yang bakal menjadi imam Aimi yang akan pimpin Aimi one day… “ Akhirnya Aimi membuka mulutnya. Kedengaran sendu tiap bait yang dituturnya.
“Ibu buat semua ni demi kebahagiaan anak ibu. Ibu dah tak sanggup tengok anak ibu menderita hidup macam ni. Sampai bila Aimi nak hidup dalam bayangan arwah Hakim tu ? Satu hari Aimi kena juga berkahwin semula, sekurang-kurangnya ada yang dapat menjaga Aimi bila ibu dengan abah sudah tiada.. “
Jawapan dari ibunya itu membuatkan Aimi bangun dari baringannya. Wajah ibunya ditatap dalam-dalam.
“Yes. Aimi admit semua tu. One day Aimi kena ada suami. Yang akan jaga Aimi. But why Safuan? Ibu tahu kan , Aimi tak pernah and tak akan pernah suka or cintakan dia. He’s only my friend. Tak lebih dari tu. And I have someone yang Aimi betul-betul cinta… “
“Habis tu siapa yang Aimi cintakan? Yang Aimi suka? Yang nak dijadikan suami Aimi? Lelaki yang mirip arwah Hakim tu ke? Tu lelaki yang Aimi maksudkan? Aimi sedar tak yang dia sudah ada kekasih dan akan bertunang? Safuan sudah ceritakan semuanya pada ibu tentang lelaki itu. Dan Aimi memang betul-betul cintakan lelaki itu atau hanya disebabkan rupanya itu membuatkan Aimi terus teringat pada arwah suami Aimi itu? “
Aimi tersentak. Apa yang diluahkan ibunya membuatkan dia terdiam kaku. Terasa satu batu besar menghempap kepalanya. Berat dan sakit. Ditahan air matanya daripada menitis dari kelopak matanya.
“Keputusan ibu adalah muktamad. Sama ada Aimi suka atau tidak, Aimi akan berkahwin dengan Safuan.. “
Perintah ibunya sebelum dia keluar meninggalkan bilik itu. Aimi kembali terbaring. Empangan air mata akhirnya pecah jua. Kenapa tiada yang dapat memahami perasaan dia saat itu? Kenapa semua suka memaksa dia membuat sesuatu yang mampu merubah masa depannya? Adakah dia tidak ada hak untuk memilih sendiri bakal imamnya? Air mata Aimi terus mengalir. Kedengaran hujan dari luar ibarat menangisi derita yang dirasainya.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Hariz dan Intan berjalan beriringan keluar dari kafe dan menuju ke arah kereta. Kelihatan mereka berdua sedang asyik berbual dan bergelak ketawa bersama-sama.
“Amboii seronok nampak bakal tunang sorang ni.. “
Langkah Hariz dan Intan terhenti. Tubuh lelaki yang berdiri di hadapan mereka mengejutkan Hariz.
“Safuan..”
“Kau ni memang dasar lelaki tak tahu malu ey? Dah ada kekasih, tapi still nak rebut kekasih orang lain. Jadi lelaki tu janganlah tamak sangat. Tapi, it’s okay now sebab Aimi sudah hampir nak jadi milik mutlak aku. Parents dia dah terima lamaran aku, maybe ko just tunggu kad kahwin kami sampai kat tangan ko… “ Safuan berbicara.
Gelak Safuan melihat wajah terkejut Hariz selepas mendengar apa yang dibicaranya. Kemenangan sudah hampir pasti menjadi miliknya. Safuan berlalu melepasi Hariz dan Intan dengan ketawa yang masih berbaki.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Kereta yang dipandu Aimi berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat yang bercat kelabu itu. Aimi mengangkat bagasi yang diletakkan pada tempat duduk belakang. Pintu pagar rumah itu dibukanya dan berjalan menuju ke pintu utama rumah teres itu. Loceng rumah ditekannya 2 kali. Seketika kemudian muncul seorang gadis membuka pintu rumah.
“Eh Aimi. Aku ingat siapa tadi. Kau buat apa kat sini dengan bagasi segala bagai ni ? “ soal Suraya sambil memandang beg troli yang dipegang oleh Aimi. Dijemputnya Aimi masuk ke dalam rumahnya dan mereka berdua duduk dia atas sofa di ruang tamu.
“Su, boleh tak kalau aku nak stay sini for few days ? Please ?” pinta Aimi.
“Boleh aja. Stay je kat sini lama mana pun kau nak. Tapi kenapa dengan kau ni? Kau lari dari rumah ey ? “ Suraya menyoal.
“Sebenarnya… “
                Aimi menelan liurnya. Dia menceritakan segala kejadian yang berlaku kepada Suraya dari yang berlaku di Korea hinggalah yang berlaku di rumahnya kelmarin. Dan Suraya amat tekun mendengarnya. Benarlah , Suraya bukan sahaja sahabat yang baik , malah pendengar yang setia. Tiap kali ada masalah yang menimpa Aimi, Suraya yang paling setia menemani dan membantunya walaupun cukup hanya mendengar luahan isi hatinya.
                “Ya Allah, nekad betul si Safuan tu nakkan kau. Cinta gila namanya ni. Sampai macam tu sekali dia sanggup buat…” Suraya terkejut mendengar segala apa yang diceritakan temannya itu.
                “Sabarlah Aimi. Allah pasti akan tolong kau. Aku sebagai sahabat baik kau hanya mampu doakan yang terbaik untuk kau.. “
                Kata-kata Suraya membuatkan Aimi tersenyum kembali. Sungguh dia bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan sahabat yang terbaik seperti Suraya.
                “By the way, kalau aku tanya ni kau jangan marah pula. Si Hariz tu memang betul-betul sebijik macam muka arwah Hakim ke? “
                Pertanyaan Suraya membuatkan Aimi menganggukkan kepalanya. Telefon bimbit dicapainya dari beg tangannya.
                “Sekejap.. “ Aimi mencari gambarnya bersama Hariz sewaktu di Korea dan ditunjukkan kepada Suraya. Terjatuh rahangnya melihat wajah lelaki itu yang betul-betul sama persis arwah Hakim.
“Kau betul-betul cintakan dia sebab memang tu perasaan kau yang sebenar atau disebabkan rupa dia? “
“Su, 3 tahun aku tutup hati aku untuk mana-mana lelaki, bahkan tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak berkahwin semula. First time aku jumpa Hariz, aku tak ada rasa apa-apa pun pada dia even rupa dia macam arwah suami aku. Tapi semua tu berubah lepas hampir 2 minggu aku kenal dia. Sikap baik dia, keramahan dia, malah keprihatinan dia pada aku buat aku betul-betul jatuh hati pada dia. Saat itu aku nampak dia sebagai Hariz, bukan sebagai arwah suami aku… “
Air mata mengiringi tiap apa yang diluahkan oleh Aimi. Suraya menuju kepada Aimi dan duduk di sebelah sahabatnya. Tubuh temannya itu dipeluknya erat untuk menenangkannya. Suraya membiarkan Aimi meletakkan kepalanya di bahunya. Dibiarkan sahaja rakannya itu menangis agar derita itu datang dibawa pergi bersama air mata itu.
“Aku betul-betul cintakan dia Su.. “



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Hariz dan Aimi duduk di bangku di sebuah taman berdekatan rumah Suraya. Bulan malam itu tidak menampakkan wajahnya. Hanya beberapa butir bintang menghiasi dada langit. Hanya lampu jalan membantu menjadi sumber yang menerangi kawasan taman itu.
“Saya dah tahu semua pasal lamaran Safuan… “ Hariz memulakan bicara. Wajah Aimi ditatapnya.
“Awak setuju ? “ Pertanyaan Hariz dibalas dengan Aimi dengan gelengan kepalanya.
“Tapi ibu dengan abah setuju dan mereka paksa saya terima Safuan menjadi suami saya..”
Kata-kata yang ditutur Aimi menyebabkan Hariz menghela nafasnya panjang. Dia takut Aimi akan berubah fikiran jika terus didesak ibu dan abahnya.
“Biar Hariz pergi jumpa orang tua Aimi.. “ Hariz memberi cadangan.
Aimi menolak cadangan yang disuarakan Hariz. Alasannya kerana ibu dan abahnya sudah tahu mengenai status Hariz yang sudah mempunyai kekasih dan bakal bertunang.
“Itu semua pilihan orang tua kami berdua. Saya dengan Intan langsung tak apa-apa hubungan cinta. Kami dah anggap masing-masing macam adik beradik. Intan sendiri tak ada sebarang perasaan terhadap saya.. “ terang Hariz.
“Jujur saya dah tak tahu nak buat apa dah sekarang Hariz. Setiap hari Safuan asyik call saya, dengan ibu dan abah selalu suruh saya spend time dengan Safuan sampai saya keluar rumah dan stay kat rumah Su… “
“Atau memang jodoh bukan milik kita? Mungkin kita patut lupakan sahaja percintaan kita.. “ sambung Aimi lagi. Hariz tersentak mendengarnya.
“Aimi dengar sini. Fikiran Aimi hanya untuk fikirkan saya , bukan lelaki lain. Mata Aimi untuk melihat saya dan cinta saya. Dan jantung Aimi hanya berdegup untuk saya. Percayalah saya akan lakukan yang terbaik untuk satukan cinta kita… “
Kata-kata Hariz menyentuh tangkai hati Aimi. Sumpah dia memang betul-betul ikhlas mencintai lelaki dan bukan kerana dia iras arwah suaminya. Malah terbukti kesungguhan Hariz dalam memperjuangkan dan mempertahankan cinta mereka.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Kau dah siap packing semua barang ? “ Suraya memasuki kamar Aimi yang kelihatan sibuk melipat pakaiannya dan memasukkan ke dalam bagasinya.
“Sikit ja lagi ni.. “ Balas Aimi. Suraya melabuhkan punggungnya di atas katil.
“Ibu dengan abah kau tahu tak kau nak pergi ni? “
Pertanyaan Suraya dibalas dengan gelengan kepala oleh Aimi. Suraya mengeluh. Sudah berkali-kali Suraya berpesan supaya Aimi memberitahu orang tuanya tentang pemergiannya untuk menunaikan umrah, namun langsung tidak diendahkan olehnya.
“Hariz ? “ Aimi menggeleng lagi.
“Aku harap apa yang kau buat ni satu tindakan yang betul. Aku sebagai kawan kau akan selalu doakan yang terbaik untuk kau supaya Allah memberi kau jalan yang terbaik untuk kau selesaikan semua masalah ini.. “ Aimi membalas kata-kata Suraya dengan senyuman.
“Su, thanks for everything u have done. I own U so much. Aimi tak tahu macam mana nak balas semua jasa Su pada Aimi. Thanks sebab selalu ada di saat I really need someone at that time.. “ Tangan Suraya diraihnya. Mereka berdua saling berpelukan.
“Kalau kau nak balas semua jasa aku, aku nak minta kau buat satu benda untuk aku.. “ Suraya meleraikan pelukan mereka.
“Apa dia ? “ Fikiran Aimi penuh dengan tanda tanya.
“Nanti tolong doakan depan Kaabah supaya agar cepat bertemu jodoh.. “ Akhirnya tawa mereka pecah jua menghiasi segenap ruang kamar  dan memecahkan kesunyian malam itu.
“By the way, esok before pergi airport, boleh kau singgahkan aku ke dua tempat ? “
“Dua tempat? Kat mana? “ Kening Suraya terangkat setelah mendengarkan permintaan temannya itu.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi dan Suraya menyapu kedua-dua tapak tangan mereka usai membaca Al-Fatihah dan berdoa untuk kesejahteraan arwah Hakim. Sesekali Aimi menyapu manik-manik air mata yang ada menitis dari kelopak matanya.
“Abang, saya minta izin dan restu abang. Sayang ingin pergi kerana sayang ingin mencari ketenangan dan petunjuk apa yang patut saya buat untuk keluar dari kepompong permasalahan. Abang bagi restu abang ya? Sayang yakin abang selalu perhatikan sayang dari sana sebab setiap masa abang terasa dekat dengan saya… “
Suraya memeluk bahu Aimi untuk memberi semangat dan ketabahan kepada sahabatnya itu. Mereka beriringan keluar dari tanah perkuburan itu dan memasuki kereta. Pertanyaan terus dilemparkan Suraya sebaik enjin kereta dihidupkan.
“Mana lagi satu tempat kau nak pergi sebelum ke airport ni ? “
“Rumah Safuan.. “
Suraya terkejut besar. Jawapan yang keluar dari mulut Aimi langsung tidak terlintas di benak Suraya. Sangkanya Aimi ingin singgah di rumah ibu dan abahnya dahulu sebelum berangkat menunaikan umrah. Setelah ibu dan abah Aimi mengetahui tentang keberadaan Aimi di rumah Suraya, terus mereka menyuruh Safuan mempercepatkan menghantar rombongan meminang pada minggu hadapan. Nasib Aimi mengetahui hal ini lebih awal dari mulut Safuan yang terlepas cakap sewaktu Safuan menelefonnya setelah mengetahui Aimi lari ke rumah Suraya.
Disebabkan itu juga Aimi mengambil keputusan untuk menunaikan umrah untuk mencari ketenangan dan petunjuk penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapinya dengan lebih mendekatkan diri dengan Pencipta sekalian alam. Yang mengetahui tentang pemergiannya hanyalah Suraya.
“Kau biar betul? Buat apa kau nak pergi juga mamat tak guna tu? “ marah Suraya selepas mengetahui destinasi yang ingin dituju temannya itu.
Aimi tergelak kecil. Nampak sayang Suraya padanya di situ. Buktinya dia memarahi Aimi untuk berjumpa dengan lelaki yang telah mengundang seribu satu masalah dalam hidupnya.
“Aku bukan nak jumpa dia pun. Aku cuma nak titipkan something kat dia. Cukuplah sekadar aku letak dalam peti surat rumah dia..” terang Aimi.
“Something tu apa? “ soal Suraya kembali.
“Suatu amanat… “



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi memeluk dan mencium sahabat baiknya itu. Walaupun hanya perpisahan sementara yang mereka lalui, tapi hubungan yang makin erat terjalin menyebabkan mereka sukar untuk berpisah terutama sekali dalam keadaan Aimi yang dihujani masalah. Suraya berasa amat bimbang untuk melepaskan Aimi pergi bersendirian. Namun, ini kehendak Aimi. Sebagai sahabat, dia hanya mampu menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk Aimi.
“Su, aku tinggalkan telefon bimbit aku kat bilik aku kat rumah kau tau.. “
“Ya Allah, kenapa kau tak bawa sekali? Nanti macam mana kiteorang nak contact kau kalau apa-apa jadi or apa-apa jadi kat kau kat sana nanti? Bukan aku minta terjadi apa-apa, cuma masa hadapan kita tak boleh nak ramal… “
Ternyata Suraya kurang senang tentang apa yang diberitahu Aimi itu. Pada zaman sekarang, telefon bimbit menjadi alat terpenting untuk berkomunikasi lebih-lebih lagi apabila berlaku hal-hal kecemasan.
“Aku cuma nak cari ketenangan yang sebenar Su. Aku tak nak terganggu dengan mesej-mesej mahupun panggilan daripada orang yang tak penting yang telah banyak membawa masalah dalam hidup aku. Even kalau aku bawak, tapi aku matikan phone aku still sama macam aku tak bawa. In shaa Allah, tak kan jadi apa-apa. Aku kat sana akan terus doakan untuk orang tersayang aku yang tinggal kat sini, dan kau pun doakanlah keselamatan aku kat sana. In shaa Allah , Allah pasti akan jaga kita semua… “ syarah Aimi. Suraya hanya mengangguk mengerti dan menghormati pendirian sahabatnya itu.
“Dah lah aku masuk dahulu. Kan tak pasal-pasal aku miss flight pula… “ seloroh Aimi membuatkan Suraya tergelak.
Aimi melambai-lambaikan tangannya. Suraya membalasnya dengan senyuman. Di dalam hati Suraya, dia berdoa supaya Allah memberikan petunjuk terbaik supaya Aimi dapat keluar dari permasalahaannya dan supaya dia mampu membuat keputusan terbaik dalam hidupnya demi masa hadapannya.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Safuan merenyuk-renyuk kertas yang dipegangnya. Perasaan marah membuak-buak dalam dirinya. Hanya kerana seorang lelaki yang baharu dikenalinya tak sampai sebulan, dan wajahnya yang mirip arwah suaminya, Aimi telah menolak mentah-mentah cintanya yang telah dia pendam bertahun-tahun. Isi-isi surat itu asyik berlegar dalam pemikirannya membuatkan amarah menguasai dirinya sepenuhnya.
Ke hadapan Safuan,
Tujuan saya titipkan warkah ini untuk menyatakan yang saya tidak pernah ada apa-apa perasaan cinta kepada awak, apatah lagi untuk menjadi suri dalam hidup awak. Kedengaran seperti kejam kan? Mesti awak rasa saya ni perempuan tak guna sebab menolak cinta awak yang telah lama awak simpan untuk bertahun-tahun. Tapi sedarkah awak yang saya sendiri telak menolak setiap kali awak melafazkan cinta awak pada saya. Saya tidak mampu mencintai awak. Saya hanya anggap awak sebagai kawan saya sahaja.
Kenapakah awak terlalu menekan saya? Awak teruskanlah hidup awak. Berjuta lagi wanita yang ada di hadapan awak yang jauh lagi bagus daripada saya yang mampu awak miliki dan cintai. Tolonglah lupakan saya. Awak berhak yang lagi terbaik. Awak seorang yang baik, caring dan sangat menghargai wanita. Saya yakin ramai lagi wanita yang betul-betul sukakan awak and akan jaga awak sampai bila-bila.
Kalau awak betul-betul cintakan saya, doakanlah kebahagiaan saya dengan lelaki yang saya cintai. Itulah yang terbaik. Saya doakan one day awak akan berjumpa seorang permaisuri yang akan membahagiakan hidup awak. Maafkan saya kerana takkan dapat hadir time rombongan awak datang nanti. Lebih baik saya beritahu sekarang daripada awak terus mengharap saya waktu itu. Semoga Allah memberikan awak kebahagiaan yang berterusan…

Sekian,
Aimi


“Aimi, it’s okay if u really wanna play with fire as this fire will burn u into hell… “ Safuan memandang foto Aimi sambil tergelak bagaikan orang gila.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Saya pun tak tahu Aimi pergi mana. Bila saya bangun tidur pagi tadi, sedar-sedar dia dah pergi dengan bagasi dia. Semua barang dalam bilik dia pun kosong… “ bohong Suraya.
“Ingat tau Su, even siapa pun yang cari aku lepas ni, jangan bagitahu mereka mana aku pergi. Aku tak nak diaorang datang and cari aku. Aku nak tumpu betul-betul pada niat asal aku pergi ni. Ingat biar pecah di perut, tapi jangan sesekali pecah di mulut… “
“Dah banyak kali saya try call and message Aimi, tapi langsung tak ada respon. Dia off dia punya phone. Saya takut dia lari mana-mana or apa-apa jadi dekat dia.. “
Jelas riak kerisauan pada wajah Hariz. Sedikit sebanyak terasa bersalah di dalam hati Suraya kerana tidak membenarkan Hariz memberitahu perkara sebenar kerana janjinya pada Aimi untuk tidak memberitahu kepada sesiapa tentang pemergiannya. Kerana juga tanda-tanda bagi orang yang munafik  adalah suka memungkiri janji.
“Kalau Aimi ada pulang or contact Su, beritahu Hariz cepat-cepat tau. Semoga mana-mana Aimi berada, Allah akan sentiasa melindungi dia… “
Pesan Hariz sebelum dia berlalu pergi. Wajahnya jelas menunjukkan wajah hampa dan gelisah. Kini Suraya dapat melihat sendiri perihal dan sikap lelaki itu. Jika dia menjadi Aimi sekalipun, pasti dia akan jatuh cinta juga dengan jejaka itu.
“Maafkan Su, Hariz.. “ mohon Su di dalam hatinya.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Suasana di rumah Encik Mokhtar dan Puan Aisyah kecoh atas kehilangan Aimi yang langsung tiada khabar berita. Hampir pengsan Puan Aisyah apabila mendengar berita itu dari mulut Safuan.
“Abang, jom la pergi buat police report. Anak kita dah hilang ni.. “ omel Puan Aisyah pada suaminya.
“Report apanya ? Anak kita tu bukan hilang sebab kena culik, tapi sebab menghilangkan diri sendiri.. “ Encik Mokhtar membalas omelan isterinya itu.
“Aimi buat semua ni sebab tak nak kahwin dengan Safuan. And Safuan yakin ni mesti ada kaitan dengan si Hariz tu.. “ Safuan bersuara. Di dalam hatinya dia begitu yakin apa yang berlaku sekarang ada kaitan dengan si Hariz.
“Pak cik dan mak cik jangan risau. Safuan tak akan berdiam diri. Safuan akan cari Aimi sampai jumpa even dengan cara apa sekalipun.. “ Pandangan mata Safuan berubah menjadi serius dan menakutkan.
Encik Mokhtar dan Puan Aisyah membenarkan Safuan untuk bertindak. Mereka tahu betapa dalamnya cinta Safuan terhadap anak mereka dan lelaki itu akan membuat apa sahaja untuk membawa pulang semula Aimi ke rumah.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Perut lelaki itu ditumbuknya menyebabkannya rebah ke tanah. Badan lelaki itu ditendangnya sepenuh hati tanpa sebarang belas kasihan.
“Aku tanya kau lagi sekali. Mana kau sorok Aimi? “ Rambut Hariz ditariknya dan muka Hariz dirapatkan dengan wajahnya.
“Serius aku pun tak tahu Aimi kat mana. Aku pun tengah mencari dia… “ Kata Hariz dalam nada begitu lemah dek belasahan dari Safuan.
“Aku tak kira macam mana sekalipun kau kena pastikan Aimi ada masa majlis menikah kami nanti. Kalau tak, kau jangan menyesal. And don’t u even dare to fight me… “ ugut Safuan sebelum ditolaknya Hariz ke tanah. Safuan beredar dari situ meninggalkan Hariz yang ibarat nyawa-nyawa ikan.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi duduk berteleku di depan Kaabah. Tangannya diangkat memohon ampun dan berdoa kepada Allah Azza Wa Jalla.
“Ya Allah, sudah 10 hari aku di tempat suci dan mulia ini untuk aku mendekatkan lagi diriku denganMu. Aku sedar selama ini aku banyak lalai terhadapMu terutama saat kau mengambil semula harta yang paling berharga dalam hidupku. Hampir 3 tahun aku melupakanMu. Aku membiarkan diriku terus hanyut dalam kesedihan tanpa aku sedar Engkau takkan sesekali menduga aku di luar batasanku. Malah ada lagi hambaMu yang diuji lebih dahsyat berbanding ujian yang Kau timpa padaku…
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim… Tidak selamanya Kau hadirkan kedukaan dalam hiduku. Aku percaya pada segala kekuasaan dan keagunganMu , Ya Allah. Buktinya Engkau hadirkan seorang lelaki yang sangat mirip dengan insan yang amat aku rindui sepanjang masa yang betul-betul mencintai aku dan aku cintai. Engkau benarkan cinta kami terus mekar walaupun kami dihujani berbagai halangan untuk menyatukan cinta kami itu.
Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk aku keluar dari permasalahan ini. Benarkanlah aku untuk merasai kebahagiaan yang berkekalan. Lapangkan dadaku, berikan aku ilham untuk aku membuat keputusan besar dalam hidup aku. Berikanlah ketabahan kepada semua insan yang aku cintai supaya tiada yang terluka pada keputusan yang aku ambil. Ya Allah, perkenanlah doa hambaMu yang kerdil ini. Sesungguhnya aku sudah tidak berdaya untuk Manahan segala perih dan duri ini….. “
Rintih Aimi sambil air matanya jatuh berguguran membasahi pipi dan kain sembahyang yang dipakainya. Segala rasa dan kesedihan diluahkannya sepenuh hati. Terasa segala beban sedikit sebanyak terlepas dari bahunya. Dia sudah buntu apa yang harus dilakukannya. Jika diikutkan, pernikahannya dengan Safuan akan berlangsung hari ini. Namun majlis itu tidak mungkin akan terjadi dengan  ketiadaannya. Tiada niat lansung di hatinya untuk memalukan Safuan dan lebih-lebih lagi ibu bapanya. Dia tidak dapat memaksa dirinya menerima cinta Safuan dan Aimi harap orang tuanya akan sedar akan hal itu suatu hari nanti. Lagi satu hari dia akan berada di sini sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Dia berdoa agar akan ada petunjuk dari Allah. Aimi mendongak ke atas sebelum menutup matanya dan menghayati kedamaian yang dirasainya.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Hariz keluar dari tempat kerjanya lewat hari itu. Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Begitu banyak kerjanya yang tertangguh dan produktivitinya juga agak menurun sejak Aimi menghilang tanpa jejak. Sepanjang masa dia teringat dan terkenang Aimi. Rasa rindu amat mencengkam jiwanya. Terasa lumpuh hidupnya tanpa insan yang dicintainya berada di sisi. Hariz memasuki keretanya dan menghidupkan enjin dan keluar dari kawasan tempat kerjanya.
“Actually I’m not a good singer, but I will give my best. If u don’t like I’m singing, I’m okay. But please don’t scream any harsh comments.. “ Pengunjung di kafe itu tergelak mendengar kata-kata Aimi.
“And by the way this song is a Malay song and have a very much meaning to me as my late husband used to sing this song during his life. It’s okay if u don’t understand the mening, but I hope u guys can feel as much as I feel… “ Kedengaran sendu pada bait-bait yang dipertuturkannya. Mereka yang lain bertepuk tangan memberi galakan kepada Aimi.
Musik dimainkan.
Hadirmu memabawakan rasa bahagia
Hilangmu menghadirkan rasa rindu
Dalam diam-diam
Aku telah jatuh cinta denganmu
Hembusan angin menyatakan rinduku padamu
Berarakan awan melindungi setiap rasaku
Mtaku tak berkedip menatap dirimu
Mendengarku jiwaku berkata-kata
Mana mungkin ku abaikan kata hatiku
Ku harus jujur cinta itu milik kita
Kau dan aku takkan muka terpisahkan
Ibarat irama melengkapi bait-bait lagu
Tuhan izinkan aku melafazkan cintaku
Andai dia pelengkap hidupku
Hingga akhir nafasku
Cinta ini terus mewangi untukmu


Sepanjang Aimi menyanyi, matanya tertumpu kepada seorang jejaka yang asyik memerhatinya dengan penuh perasaan yang membuatkan memorinya bersama arwah Hakim kembali menerewang di dalam kotak pemikirannya. Hariz yang sedar pandangan mata Aimi padanya hanya membiarkan mata mereka bertemu. Setiap lafaz yang dinyanyikan oleh Aimi dapat dirasai Hariz. Rasa sakit dan pedih yang ditanggung Aimi selama ini ibarat meresapi dalam dirinya. Dalam hatinya, dia bertekad akan menjaga dan mencintai gadis itu sungguh-sungguh dengan seluruh jiwa raganya.
Semua bertepuk dan bersorak saat Aimi selesai menyanyi. Pandangan Aimi dan Hariz masih bersatu. Hariz menghadiahkan satu senyuman manis padanya yang membiarkan jantungnya berdegup makin kencang.

Peristiwa itu kembali bermain dalam fikiran Hariz. Pada malam itu juga secara rasminya Aimi menjadi kekasih hatinya. Walaupun singkat perkenalan mereka, namun cinta itu buta. Buktinya dia jatuh cinta pada Aimi walaupun baru kenal beberapa hari. Cinta itu milik Allah. Dia akan memberi dan mengambil bila-bila masa sahaja Dia inginkan.
Kereta yang dipandu Hariz melalui jalan yang berbukit. Sewaktu dia hendak menuruni bukit, keretanya hilang kawalan. Malang tidak berbau apabila brek keretanya juga tidak menjadi walaupun ditekan sekuat mana pun. Cahaya dari depan keretanya membuatkan mata Hariz menjadi silau. Tanpa sedar dia sudah memasuki lorong yang berlawanan. Yang hanya mampu Hariz lakukan adalah mendengar bunyi hon lori dan merasakan suatu gegaran yang kuat menimpanya.

“Ya Allah. Astaghfirullahalazim.. “ Aimi tersentak.
Dia baru sahaja tersedar dari suatu mimpi yang menakutkan. Kereta yang dipandu Hariz berlanggar dengan sebuah lori. Aimi meraup-raup wajahnya. Peluh membasahi wajahnya. Aimi bersyukur kerana ianya sekadar mimpi. Tetapi dalam hatinya dia berdoa agar Allah sentiasa melindungi lelaki yang dia amat cintai itu.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

12 hari kemudian,
“Kau tahu tak berapa ramai orang datang serang rumah aku cari kau. Diaorang ingatkan aku yang sorokkan kau. Oh pleaseee, bukannya ada faedah untuk aku nak sorok kau.. “
Baru sahaja masuk ke dalam kereta, Suraya sudah mula berleter. Aimi sekadar membuat senyum kambing. Sungguh dia rindu akan telatah sahabatnya itu.
“Oh.. Ni phone kau… “ Suraya mengeluarkan telefon bimbit milik Aimi dari beg tangannya dan diserahkan kepada Aimi. Aimi mencapainya dan terus menghidupkan kembali telefon bimbitnya yang sudah 12 hari dalam “off mode”.
“By the way kan, si Hariz tu setiap hari datang cari kau. Pagi, petang, malam. Kesian aku kat dia. Macam cacing kepanasan cari kau. Tapi sejak akhir-akhir ni, dia dah jarang datang rumah cari kau… “ Aimi sekadar mendengar. Di dalam hatinya dia berasa amat bersalah kerana memperlakukan lelaki yang dicintainya sebegitu rupa.
Aimi membelek telefon bimbitnya. Dia amat terkejut melihat lebih 500 panggilan tidak berjawab dan lebih 300 SMS yang diterimanya. Dan nombor yang paling banyak diterimanya ialah daripada Hariz. Aimi menekan butang panggilan di skrin telefon tetapi tidak diangkat oleh Hariz. Dicubanya sekali lagi tapi masih lagi gagal.
“Sibuk agaknya… “ bisiknya di dalam hati.
“Kau nak balik rumah kau ke or rumah aku dulu ? “ Suraya menyoal.
“Rumah kau dulu la. Nanti sebelum aku balik rumah aku, aku akan call ibu dan abah aku dulu tengok dia still marahkan aku tak sebab tak hadirkan diri masa pertunangan haritu.. “ jawabnya sambil tangan masih sibuk dengan telefon bimbitnya.
Aimi terus meneliti nama pemanggil dan matanya tertumpu pada suatu nombor yang entah siapa pemiliknya. Aimi terus menyelidik dan terjumpa mesej yang dikirim daripada pemilik nombor itu.
Salam Aimi, ni Intan. Aimi free tak ? Kalau free beritahu Intan. Intan ada something important nak beritahu pada Aimi.

Tanpa berlengah, Aimi terus menelefon Intan. Seketika kemudian, panggilan bersambung. Setelah berbual hampir 3 minit, akhirnya panggilan dimatikan.
“Su, tolong bawakan aku pergi somewhere… “ pinta Aimi.
“Ke mana? Nak buat apa? “ tanya Suraya.
“Aku nak pergi jumpa Intan, bakal tunang Hariz… “
Suraya mengangguk tanda faham. Dia terus memecut ke destinasi yang dipinta Aimi untuk dihantarnya.




…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi tiba di kafe. Aimi mengatur langkah ke arah seorang gadis yang memanggil nama dan melambai-lambai tangannya seolah-olah menyuruhnya bergerak ke arah gadis tersebut. Aimi melabuhka punggungnya bertentangan dengan Intan. Kelihatan gadis itu sungguh cantik dan menawan, dan tidak mustahillah bakal menjadi tunangan Hariz. Sama cantik sama padan.
“Minum ?” soal Intan padanya.
“It’s okay. I tak boleh duduk lama-lama. Kawan I tunggu kat kereta.. “ Aimi menolak pelawaan Intan.
“Kenapa U nak jumpa I ? Apa hal yang penting tu ? “ Aimi memulakan pertanyaan.
“Sebenarnyaaa….. “
Gelas yang berisi cappuccino itu diletakkan di atas meja. Wanita di hadapannya ditatapnya. Suasana di kafe itu agak lengang malam itu dengan tidak ramai pengunjung yang datang mengunjungi mungkin disebabkan cuaca hujan.
“Kenapa tiba-tiba abang ajak Intan keluar ni ? “ Intan menyoal selepas sekian lama hanya kesunyian mengisi ruang mereka berdua.
“Abang ada something nak beritahu Intan.. “ Kedengaran nada serius pada kata-kata Hariz.
“Apa dia ? “ Intan menyoal.
“Abang dah tahu yang Intan sebenarnya dah ada boyfriend.. “ Kata-kata yang ditutur Hariz membuat Intan terkejut.
“Macam mana abang tahu.. “ Soal Intan.
“Macam mana abang tahu tak penting. Yang penting sekarang, we’re both have someone yang kita betul-betul cinta. Kita cancel ja pertunangan kita berdua. Abang tahu Intan anggap abang macam abang kandung Intan, same as me, abang anggap Intan sebagai adik abang ja. Kalau kita tak bertindak, kita takkan pernah dapat berbahagia dengan insan-insan yang kita betul-betul cintai… “
Kata-kata Hariz membuatkan Intan berfikir. Ada benarnya kata-kata yang yang dilafazkan lelaki yang sudah dianggapnya seperti abang kandungnya sendiri itu.
“Tapi Intan takut mama dengan papa marah. Dah macam-macam cara kita buat nak batalkan penikahan ini, tapi still gagal.. Dari dulu lagi kan mereka rancang pertunangan kita, abang… “ luah Intan.
“Intan pun tak suka perkara ini terjadi. Intan sendiri dah buntu. Mati akal Intan dibuatnya… “
“Intan jangan risau. Abang yakin mereka akan setuju. Mereka pasti nak tengok anak mereka bahagia… “ Intan lebih yakin selepas apa yang dicakapkan oleh Hariz.

“Alhamdulillah, both parents kami setuju untuk cancelkan pertunangan kami. Setiap hari abang Hariz cari Aimi untuk beritahu berita gembira itu. Tapi, Aimi tak pernah ada… “ Intan memandang wajah Aimi. Aimi menitiskan air mata. Sungguh dia terharu akan pengorbanan Hariz untuk mempertahankan cinta mereka.
“Baiklah Aimi, Intan pergi dulu. Cinta hati saya dah datang.. “ Kata Intan sambil tersenyum sumbing sambil menunjukkan ke arah lelaki yang melambainya dari pintu utama kafe itu. Aimi memusingkan badannya dan melihat lelaki tersebut. Hensem. Mukanya ada sedikit kacukan orang Arab.
“Oh by the way, Intan doakan Aimi banyakkan bersabar. In shaa Allah, abang Hariz akan selamat. Intan akan selalu doakan kebahagiaan korang… “
Aimi terkesima. Tiada satu pun dia memahami dari butir bicara Intan. Dia memandang wajah Intan dengan penuh tanda tanya.
“Maksud Intan? “ Aimi menyoal.
“Aimi belum tahu lagi ke? Intan ada hanta mesej pada Aimi beritahu pasal kemalangan abang Hariz. Sudah 2 hari abang tak sedarkan diri. Keadaan abang sangat kritikal, Aimi…”
Aimi tersentak. Air matanya tumpah tanpa henti. Rupa-rupanya apa yang dimimpinya sewaktu menunaikan umarah itu bukan hanya sekadar mimpi, tapi satu realiti.
“Hariz dirawat di mana ? “
Aimi terus bangkit setelah mendapat jawapan daripada Intan. Dia terus berlari menuju ke arah kereta Suraya. Aimi terus melintas jalan tanpa mengendahkan bunyi hon yang dibunyikan pemilik kenderaan yang lalu-lalang.
“Aimi, kenapa ni? Kenapa cemas sangat ni? Kau menangis? “ Suraya bertanya seraya Aimi memasuki kereta.
“Su, bawa aku pergi hospital sekarang. Please.. “ rayu Aimi.
“Kenapa? Apa yang dah jadi? “ Suraya cemas melihat wajah Aimi yang seakan-akan tidak cukup oksigen.
“Hariz, Su. Hariz koma sebab accident… “
Suraya mengucap panjang. Tanpa berfikir panjang, dia terus memandu kereta ke hospital yang diberitahu Aimi.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi membuka pintu wad. Kakinya seakan berat untuk terus melangkah masuk tapi tetap digagahinya juga. Kelihatan tubuh Hariz terbujur di atas katil dengan penuh wayar berselirat pada tubuhnya. Hati Aimi sungguh sakit melihat keadaan Hariz. Mahu sahaja dia pengsan saat itu kerana sungguh dia tidak berdaya melihat lelaki yang dicintai menderita seperti ini. Dia terus melangkah merapati katil Hariz.
“Aimi Sofea ? “ Panggilan dari wanita yang berusia dalam 40-an mengejutkan Aimi. Dia memaling wajahnya pada wanita tersebut. Di sebelahnya kelihatan seorang lelaki yang seakan sebaya dengan wanita tersebut.
“Betullah ni Aimi. Ya Allah, datang juga Aimi akhirnya. Sudah banyak kali mak cik cuba telefon Aimi, tapi gagal. Mak cik , mama Hariz. Yang tu papa Hariz.. “
Puan Sri Ruhaya merapati Aimi. Tubuh gadis itu dirangkulnya. Sudah banyak diceritakan anaknya Hariz mengenai Aimi. Dan dia dengan suaminya merestui hubungan mereka berdua demi kebahagiaan anak tunggal lelaki mereka itu. Puan Sri Ruhaya meleraikan pelukannya dan memanggil suaminya.
“Mak cik keluar dulu. Spend lah masa Aimi dengan Hariz. Dah lama Hariz menanti kehadiran Aimi. Doktor cakap walaupun Hariz koma tapi dia still boleh dengar cakap kita. Tolong kembalikan Hariz semula… “ rayu Puan Sri Ruhaya.
Mereka akhirnya meninggalkn kamar wad itu. Tinggallah Aimi dengan Hariz di dalam bilik itu. Aimi mendekati Hariz. Air mata menitis melihat keadaan lelaki itu.
“Assalamualaikum awak, saya datang ni. Maafkan saya sebab buatkan awak tunggu saya lama. Maafkan saya juga kerana pergi tanpa memberitahu apa-apa pada awak. Sepanjang saya pergi, saya amat merindui awak. Tiada sesaat pun awak tiada dalam hati saya. Bangunlah awak. Cukup lah awak berehat. Awak cakap nak perjuangkan cinta kita. Macam mana awak nak perjuangkan kalau awak terbaring macam ni. Takkan awak dah mengaku kalah? Bangunlah.. Supaya kita dapat terus bersama-sama…. “
Air mata terus mengalir dan mengenai tubuh Hariz. Namun tiada sebarang respon yang diterimanya dari Hariz. Aimi membiarkan air matanya berterusan menitis kerana dia tahu dia tidak kuat menghadapi semua ini. Saat Tuhan menarik darinya satu ujian, tapi Tuhan menimpanya dengan satu ujuian yang baru.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi hanya mendiamkan diri. Suraya masih dengan pemanduannya. Sesekali Suraya memandang ke arah tempat duduk Aimi. Kelihatan pucat muka temannya itu. Mungkin kerana terlalu banyak menangis dek berbagai ujian yang menimpa diri temannya itu.
“Su, adakah Allah sebenarnya sudah tidak sayangkan aku ? “ Suraya terkejut mendengar pertanyaan Aimi.
“Ya Allah, mengucap Aimi. Tak baik kata macam tu.. “ Suraya menegur Aimi.
“Kenapa kuat betul Allah duga aku? Allah cabut satu ujian dari aku, tapi Allah timpa ujuian baru untuk aku. Aku tak kuat yang tanggung semua ini. Sampai bila benda ni semua akan berakhir ?  “ rintih Aimi.
“Aimi, kau kena ingat Allah duga kau sebab Allah tahu kau kuat. Kau mampu nak tangani semua ni. Allah buat semua ni sebab Dia sayangkan kau. Allah tak pernah lupakan kita sebab tu Allah timpakan kita ujian agar kita pun akan sentiasa ingat pada Dia. Allah takkan uji di luar kebatasan kita, Aimi. Percayalah, akan ada pengakhiran setiap yang Allah jadikan. Mungkin Allah akan bagi kau kebahagiaan setimpal dengan ujian yang kau terima, malah mungkin lebih. Sabar Aimi. Banyakkan berdoa padanya agar kau sentiasa kuat untuk hadapi semua ni… “
Aimi diam tanpa membalas. Peristiwa yang meragut nyawa arwah suami dan anak yang di dalam kandungannya kembali berlabuh dalam fikirannya. Kini, benda yang hampir sama menimpa Hariz. Sesekali dia merasakan mungkin kebahagiaan itu bukan miliknya kerana hanya ulaman derita yang banyak menjadi penemannya.
“By the way kan tadi aku berborak dengan mama Hariz and dia cakap kemalangan Hariz bukan kemalangan biasa. Time pihak polis jalankan pemeriksaan pada kereta Hariz, tali brek sudah terputus sebab tu Hariz tak boleh nak slowkan kereta dia and akhirnya kereta dia hilang kawalan time nak turun jalan berbukit. And aku rasa ini mesti perbuatan khianat. Mesti ada yang sengaja nak apa-apakan si Hariz tu. Ye la, tak logik pula si Hariz tu nak potong tali brek kereta dia sendiri… “ cerita Suraya. Aimi menutup matanya sambil terfikirkan sesuatu.
“Khianat…. “



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi memberi salam. Kelihatan ibunya membuka pintu. Puan Aisyah terkejut. Spontan tubuh anaknya itu dirangkul erat. 
“Aimi, sayang ke mana selama ni. ibu dan abah rindukan Aimi. Jangan tinggalkan kami lagi… “ ibunya berkata dalam tangis.
“Aimi cuma pergi mencari ketenangan yang takkan pernah sesekali Aimi dapat di sini. “ balas Aimi tanpa perasaan.
Puan Aisyah sedar bahawa anaknya itu masih marahkan keputusannya menerima lamaran Safuan. Yang dia inginkan hanya melihat anaknya bahagia di sisi orang yang betul-betul cintakan dia. Bahkan dia dengan suaminya sendiri sudah mula menerima kehadiran Hariz dalam kehidupan Aimi. Mereka melihat kesungguhan lelaki itu mencintai dan menyayangi permata hati mereka itu lebih-lebih lagi saat Aimi melarikan diri secara tiba-toba tanpa diketahui ke mana arah tujuannya.
“Aimi, ibu minta maaf. Ibu sedar khilaf ibu. Ibu terlalu ikut kata ibu, tanpa fikirkan langsung perasaan Aimi. Ibu janji ibu takkan paksa lagi Aimi menerima Safuan, bahkan ibu dan abah sudah merestui hubungan Aimi dengan Hariz. Kami sudah berjumpa dengannya dan dia memang seorang lelaki yang baik dan tulus mencintai anak ibu… “
Kata-katanya ibunya itu menyentuh tangkai hati Aimi. Dia bersyukur akhirnya ibunya sedar akan hakikat itu. Aimi memeluk tubuh ibunya. Dia mengucapkan terima kasih pada ibunya kerana memahami isi hatinya. Suraya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati tersenyum melihat keakraban ibu dengan anak itu.
“Dah..dah..  Jom masuk. Nanti jiran fikir kita buat drama melayu petang-petang pula kat sini. Su, ayuh masuk.. “ seloroh Puan Aisyah.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Masih berani lagi U jumpa I lepas apa jadi masa pertunangan kita haritu. U bukan sahaja dah malukan I, keluarga I pun malu disebabkan U. kalau I jadi U, better I larikan diri kalau nak selamat.. “ Safuan memandang Aimi dengan penuh sinis.
“It’s not my problem. Saya dah beritahu awak dalam surat yang saya kirim tu yang saya takkan hadir majlis tu. Awak tanggunglah akibat atas perbuatan awak tu.. “ balas Aimi. Safuan mendengus kasar.
Sungguh dengan selepas apa yang sudah terjadi, dia sudah muak ingat melihat lelaki yang sedang duduk di hadapannya itu. Tapi demi mendapatkan suatu kepastian, dia paksakan diri meminta lelaki itu untuk berjumpa dengannya malam itu.
“Buat apa U nak jumpa I malam ni ? Nak tebus rasa bersalah U dengan ajak I keluar makan or U nak bagi I try U. I’m okay with that… “ Safuan gelak dengan nada jahat.
“Awak jangan kurang ajar Safuan… “ marah Aimi. Safuan masih dengan gelak jahatnya.
“Saya rasa awak tahu apa terjadi pada Hariz kan? “ Aimi memandang wajah Safuan dan mata mereka bertemu. Ada manik-manik peluh yang mengalir pada wajah Safuan.
“Maksud U apa? Apa yang terjadi pada si bedebah tu? Dia bukan siapa-siapa untuk I kisah pun. Dia tu hanyalah seorang perampas.. “ Safuan cuba mengelak bertembung mata dengan Aimi.
“Hariz kemalangan 2 hari yang lepas and still koma sampai sekarang. Polis beritahu kemalangan Hariz bukan kemalangan biasa, tapi perbuatan khianat. Ada manusia durjana, yang berhati iblis telah memotong tali brek kereta Hariz and menyebabkan kereta dia hilang kawalan. Betul ke awak tak tahu apa-apa mengenai hal ini ? “
Pertanyaan yang dituju Aimi membuatkan Safuan ibarat cacing kepanasan. Benar dialah yang memotong tali brek kereta Hariz itu. Dia geram kerana ketidakhadiran Aimi ke majlis pertunangan mereka berdua pada hari itu membuatkan dia naik angin. Dia yakin itu semua ada kaitan dengan Hariz. Jadi kalau dia hapuskan Hariz, mesti sudah tiada penghalang baginya mendapatkan Aimi.
“Kenapa awak diam. Awak nampak macam takut ja. Or awak ada simpan suatu rahsia yang awak takut kalau terbongkar, awak akan merana dalam penjara ? “ Aimi cuba menduga Safuan. Benarlah dari tingkah Safuan itu, Aimi yakin lelaki itulah yang menjadi penyebab kemalangan Hariz.
“Yes. Aku mengaku aku yang buat semua tu.aku yang potong tali brek kereta dia tu. Aku sakit hati bila kau tak bertunang dengan aku haritu. Aku tahu disebabkan kau tergila-gilakan lelaki tu, kau tolak cinta aku. Tapi aku tak puas hati. Aku nak lelaki tu mati biar sudah tiada yang akan halang aku untuk dapatkan kau… “
Akhirnya Safuan mengaku tindakannya. Aimi mengucap panjang. Sungguh dia tidak menyangka lelaki yang berada di hadapannya itu yang selama ini sangat baik dan penyayang sanggup membuat kerja terkutuk disebabkan dibutakan oleh cinta.
“Ya Allah.. Kenapa awak tak berhati perut sangat? Awak seorang yang berilmu. Kenapa awak bertindak seperti orang tak ada akal ? Hariz tak pernah menjadi penyebab saya tak sukakan awak. Saya memang tak cintakan awak. Bahkan dari dulu lagi saya telah menolak cinta awak sebelum saya kenal Hariz lagi… “ Aimi menyusun bicaranya.
“Lantak U nak cakap I ni manusia tak ada akal ke, iblis ke. Tapi satu I nak U tahu, I boleh buat lebih lagi dari ni and jangan sampai one day U dapat jumpa mayat dia ja.. “
Ugutan Safuan membuat Aimi takut. Takut lelaki itu benar-benar mengotakan apa yang diperkatakannya. Safuan telah mnjadi buta hati. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat apa yang diingininya termasuk membunuh.
“Please Safuan. Jangan apa-apakan Hariz. Dia tak bersalah dalam hal ni.. “ rayu Aimi.
“Apa yang tak salahnya? Dia dah curi hati U and menyebabkan I tak boleh bersama dengan U. Aimi, I tak boleh tengok U bahagia dengan lelaki lain. I ja yang layak untuk U. Atau patut I bunuh dia betul-betul biar tiada penghalang untuk cinta kita lagi.. “ Safuan sudah menjadi tidak betul. Apa yang dicakapnya pun seolah-olah seperti orang gila. Langsung tidak difikirkannya.
“Jangan Safuan. Jangan apa-apakan Hariz. Awak bagitahu ja apa patut saya buat, saya akan lakukan. Tapi jangan sesekali cederakan Hariz… “ Safuan tersenyum. Peluang keemasan sudah ada di matanya. Dia patut menyambarnya kerana peluang itu hanya datang sekali.
“U kena menikah dengan I and jadi milik I buat selamanya. Kalau tidak, U takkan pernah dapat jumpa dia lagi. And U jangan sesekali pandang rendah pada I sebab I akan buat apa sahaja. Kalau I tak dapat U, I akan make sure orang lain pun tak akan dapat memiliki U… “
Aimi terdiam. Sungguh pahit untuk dia menerima syarat itu. Namun dia terpaksa. Kalau tidak nyawa orang yang tidak bersalah akan melayang atas egonya sendiri. Tapi jika dia mengahwini Safuan, dia akan kehilangan Hariz buat selamanya juga. Namun, dia masih berpeluang menatap Hariz walaupun dari jauh, daripada dia berpisah alam dengan lelaki itu. Aimi menelan liurnya yang tersa berpasir. Dia terpaksa membuat keputusan yang akan meranapkan hidupnya asalkan Hariz tidak diapa-apakan.
“Okay, saya akan bernikah dengan awak, tapi dengan 2 syarat.. “
“Apa 2 syarat tu? “ Safuan sudah tersenyum lebar mendengar persetujuan Aimi.
“Pertama, kita akan menikah tapi selepas Hariz sedar dari koma and U kena bagi I one week untuk I spend time dengan Hariz and U tak boleh call or ganggu I sepanjang tempoh tu. Kedua, I still boleh contact and berjumpa dengan Hariz walaupun selepas kita sah bergelar suami isteri… “ Aimi menyatakan syarat-syaratnya.
Safuan hanya bersetuju dengan syarat yang dikemukan gadis itu. Apa sahaja syarat yang diberikan Aimi, tak akan pernah merubah fakta yang Aimi sudah sah menjadi miliknya buat selama-lamanya. Dan Hariz takkan dapat menganggu rumahtangga mereka, kerana dia tidak akan pernah sesekali berkompromi dengan lelaki yang cuba merebut hak miliknya. Selesai mengutarakan syarat-syaratnya, Aimi terus melangkah keluar dari restoran itu, meninggalkan Safuan yang masih tersenyum meraikan kemenangannya malam itu.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi memandang tubuh Hariz yang masih tidak sedarkan diri. Hari ini sudah masuk 5 hari lelaki itu koma. Aimi terus setia di sisi Hariz menemani dan menjaganya. Perbualannya dengan Safuan kembali terngiang-ngiang di telinganya.
“Jangan Safuan. Jangan apa-apakan Hariz. Awak bagitahu ja apa patut saya buat, saya akan lakukan. Tapi jangan sesekali cederakan Hariz… “ Safuan tersenyum. Peluang keemasan sudah ada di matanya. Dia patut menyambarnya kerana peluang itu hanya datang sekali.
“U kena menikah dengan I and jadi milik I buat selamanya. Kalau tidak, U takkan pernah dapat jumpa dia lagi. And U jangan sesekali pandang rendah pada I sebab I akan buat apa sahaja. Kalau I tak dapat U, I akan make sure orang lain pun tak akan dapat memiliki U… “

“Awak, sudah 5 hari awak terlantar macam ni. Mana janji awak nak jaga saya? Nak perjuangkan cinta kita? Tapi sekarang saya yang menjaga awak.. “ Aimi tergelak kecil kerana cuba menahan air matanya yang hampir menitis.
“Awak ingat tak dulu awak pernah marahkan Safuan sebab cuba nak sakiti saya? “ Peristiwa itu kembali diingati oleh Aimi.
“Lepaskan tangan kau Safuan sebelum aku belasah kau.. “ marah Hariz melihat Aimi disakiti Safuan. Safuan melepaskan genggaman tangannya pada pergelangan tangan Aimi. Aimi berlari merapati Hariz. Safuan sekadar mendengus.
“ Kau dengar sini Safuan. Dalam dunia ni aku paling pantang 2 benda. Satu, lelaki sakiti perempuan and kedua, lelaki yang menyebabkan perempuan menangis. Lagi sekali aku tengok kau cuba sakiti Aimi, nahas kau aku kerjakan.. “ ugut Hariz.

“Awak cakap ada 2 benda yang awak pantang dalam dunia ni. Satu, lelaki yang sakiti perempuan. Kedua, lelaki yang menyebabkan perempuan menangis… “ Empangan air mata Aimi akhirnya pecah jua.
“Dan sekarang saya menangis sebab awak. Awak tak nak bangun ke marahkan diri awak sendiri sebab buatkan saya menangis? Awak tak nak lap ke air mata saya yang tumpah kerana awak? Atau sebenarnya awak memang tak pedulikan saya langsung? Awak lebih suka tengok saya menangis macam mana? “
Aimi membiarkan air matanya terus menitis. Tiba-tiba, tangannya terasa dipegang oleh seseorang. Hariz.
“Awakkk… “ Panggilannya lemah. Aimi terkejut. Dek terlalu gembira, spontan dia pergi ke pintu bilik wad, membukanya dan memanggil doktor. Kemudian, Aimi kembali mendapatkan Hariz.
“Awakkk… “ Hariz memanggilnya lagi dengan nada lemah. Aimi merapati telinganya pada mulut Hariz.
“Biar saya sapu air mata awak tu… “ kata Hariz. Aimi tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. Ada juga senyuman yang terukir pada bibir Hariz.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sudah seminggu semenjak Hariz keluar dari hospital. Selama seminggu itu juga, Aimi sentiasa ada di sisinya. Aimi menjaga Hariz sehingga dia betul-betul sembuh dan dapat menjalani aktiviti sehariannya seperti sediakala. Ke mana sahaja Hariz pergi, mesti akan ada Aimi. Seperti belangkas.
“Awak, terima kasih.. “ Ais krim yang dipegangnya disuapkan ke mulut Aimi.
“Untuk? “ soal Aimi sambil mulutnya menahan kesejukan ais krim yang dimakannya.
“Untuk segalanya. Terima kasih kerana sentiasa menjaga dan menemani Hariz. Aimi sentiasa buat Hariz rasa bahagia. And paling penting, terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup Hariz… “
Aimi tersentuh. Dia dapat mendengar keikhlasan dalam setiap bait yang dilafazkan jejaka di sebelahnya itu.
“Jangan Safuan. Jangan apa-apakan Hariz. Awak bagitahu ja apa patut saya buat, saya akan lakukan. Tapi jangan sesekali cederakan Hariz… “ Safuan tersenyum. Peluang keemasan sudah ada di matanya. Dia patut menyambarnya kerana peluang itu hanya datang sekali.
“U kena menikah dengan I and jadi milik I buat selamanya. Kalau tidak, U takkan pernah dapat jumpa dia lagi. And U jangan sesekali pandang rendah pada I sebab I akan buat apa sahaja. Kalau I tak dapat U, I akan make sure orang lain pun tak akan dapat memiliki U… “
Aimi terdiam. Sungguh pahit untuk dia menerima syarat itu. Namun dia terpaksa. Kalau tidak nyawa orang yang tidak bersalah akan melayang atas egonya sendiri. Tapi jika dia mengahwini Safuan, dia akan kehilangan Hariz buat selamanya juga. Namun, dia masih berpeluang menatap Hariz walaupun dari jauh, daripada dia berpisah alam dengan lelaki itu. Aimi menelan liurnya yang tersa berpasir. Dia terpaksa membuat keputusan yang akan meranapkan hidupnya asalkan Hariz tidak diapa-apakan.
“Okay, saya akan bernikah dengan awak, tapi dengan 2 syarat.. “
 “Apa 2 syarat tu? “ Safuan sudah tersenyum lebar mendengar persetujuan Aimi.
“Pertama, kita akan menikah tapi selepas Hariz sedar dari koma and U kena bagi I one week untuk I spend time dengan Hariz and U tak boleh call or ganggu I sepanjang tempoh tu. Kedua, I still boleh contact and berjumpa dengan Hariz walaupun selepas kita sah bergelar suami isteri… “ Aimi menyatakan syarat-syaratnya.

“Aimi, awak okay ke? “ Aimi terjaga dari lamunannya. Dia sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Awak jom main giant bubble kat sana.. “ Aimi menuding jarinya ke arah beberapa kanak-kanak yang sedang sibuk bermain untuk menutup lamunannya tadi.
Belum sempat Aimi berlari ke arah sana, Hariz menarik dahulu tangan Aimi membuatkan jarak yang memisahkan mereka hanya dua hidung mereka. Mata mereka bertemu. Aimi dapat merasakan jantung berdegup dengan amat kencang. Dia cuba menahan perasaannya.
“Saya lupa nak terima kasih yang satu lagi. Terima kasih sebab benarkan saya curi hati awak and terima kasih sebab benarkan saya stay dalam hati awak… “  Aimi dapat merasakan bahang di pipinya.
“Nikmatilah selagi mana kita dapat menikmati kebahagiaan kita rasai sekarang. Mungkin ianya tidak akan berkekalan.. “ Kedengaran serius apa yang dituturkan oleh Aimi.
“Dah lah .. Jom pergi sana.. “ Aimi meleraikan pegangan Hariz dan berlari ke arah kawasan Giant Bubble. Kelihatan dia begitu gembira bermain, sementara Hariz hanya tergelak melihat gelagatnya yang seperti budak-budak. Hariz berlari mendapatkan Aimi.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...

Hariz memasuki butik pengantin itu hati yang berbunga-bunga. Hari ini dia akan melamar Aimi untuk menjadi suri dalam hidupnya. Dia ingin membeli sehelai gaun yang cantik dan membawa Aimi pergi makan malam romantic dan melamar gadis itu. Dia amat bersyukur kerana akhirnya hubungan mereka dapat berjalan dengan baik dan Safuan juga seolah-olah telah merelakan hubungan mereka. Hariz ditemani seorang pembantu kedai dan melihat koleksi gaun yang dijual di butik itu.
“U look so gorgeous tonight.. “ Hariz terpegun melihat Aimi memakai gaun yang dibelinya. Kerusi ditariknya membenarkan Aimi melabuhkan punggungnya di situ.
Sekumpulan ahli muzik datang dan menghiburkan mereka dengan alunan muzik yang membangkitkan elemen romantik pada makan malam itu. Hembesun angin pantai dan bunyi deruman ombak turut menambahkan keromantikan suasana itu. Hariz mengajak Aimi untuk menari dan Aimi menerima pelawaan tersebut.
“Terima kasih sebab bahagiakan saya, mengisi kekosongan hati saya dengan cinta awak dan tak pernah jemu mencintai saya… “ Hariz menatap mata Aimi dengan perasaan cinta yang mendalam.
“Tapi saya tak hentikan semua ni. Saya sudah tidak sanggup menjadi kekasih awak .. “ Hariz berhenti menari. Dia melepaskan genggaman tangannya. Aimi terkejut dengan apa yang didengarnya.
“Aimi Sofea binti Mokhtar, sudikah awak berhenti sekadar menjadi kekasih saya, tapi sebaliknya menjadi wanita yang sah untuk saya damping selamanya… “ Hariz melamar Aimi untuk menjadi isterinya. Hariz mengeluarkan sebentuk cincin.  Aimi mengangguk setuju sambil air mata bahagia mulai mengalir. Cincin yang dipegang Hariz disarung pada jari manis Aimi.
“Kenapa nangis? Ingat tak yang saya pernah cakap saya benci lelaki yang buat wanita menangis.. “ Air mata Aimi disekanya.
“Saya menangis bukan kerana awak menyakiti saya, tapi kerana awak membahagiakan saya. Terima kasih awak… “ Spontan tubuh lelaki itu dirangkulnya erat.

“Encik? “ Hariz tersentak dari lamunannya. Gadis itu hanya tersenyum melihat jejaka itu berangan. Hariz menahan muka malunya. Gaun yang berada di hadapannya diambil dan ditelitinya.
“Oh my god, Aimi, U look so beautiful like an angel. Are u coming from heaven? “ Kata-kata lelaki tidak dihiraukan Aimi.
“Aimi? “ Hariz memalingkan pandangannya pada arah suara tersebut. Gaun yang dipegangnya jatuh tanpa sedar. Matanya terpaku melihat melihat gadis yang dicintainya berdiri tidak jauh darinya sedang memakai sebuah gaun perkahwinan yang amat cantik.
Aimi terkejut melihat kehadiran Hariz di butik pengantin itu. Sungguh dia tidak menyangka dia akan bertemu dengan jejaka itu di situ. Aimi terpaku di tempat dia berdiri. Hariz makin melangkah menuju ke arahnya.
“Wah.. Look’s who is here. Surprise! Tak sangka kau boleh pula berjumpa kau kat sini, Hariz. And by the way alang-alang kau dah ada kat sini, baik aku terus jemput kau ke majlis pertunangan kami hujung minggu ni.. “ Pergerakan Hariz terhenti. Safuan sudah tergelak melihat wajah terkejut lelaki itu.
“Aimi, betul ke semua ini? Kenapa awak buat semua ini pada saya? Apa salah saya pada awak? “ Aimi terdiam. Dia tidak mampu menuturkan walau satu patah perkataan pun.
“Bro, the best man wins. Selama ni Aimi hanya mainkan perasaan kau ja. Dia anggap kau kawan dia sahaja, tapi kau yang ingat dia ada simpan perasaan yang sama macam yang kau punya. Selama ni kau hanya bertepuk sebelah tangan ja.. “ Hariz menepis tangan Safuan yang singgah pada bahunya. Hariz terasa bodoh yang amat sangat kerana telah dipermainkan oleh seorang gadis yang amat dicintainya.
“Terima kasih Aimi kerana mempermainkan perasaan saya. Terima kasih juga sebab benarkan saya untuk merasai cinta awak walaupun untuk seketika. Saya doakan awak berbahagia dengan lelaki yang awak cintai… “
Hariz berlalu keluar dari butik pengantin itu dengan perasaan yang penuh hampa dan sedih. Disangkanya selama ini gadis yang dicintai itu juga turut mencintainya hanya mempermainkan perasaan sahaja. Aimi cuba mengejar Hariz tapi dihalang Safuan.
“Kalau U nak dia selamat dan terus hidup, just ikut semua perjanjian kita… “ bisik Safuan pada telinga Aimi. Gadis itu akur. Dia terpaksa melakukan itu semua demi keselamatan lelaki yang dicintainya.
“Maafkan saya Hariz… “



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Suasana di taman itu cukup sunyi malam itu. Dada langit kelihatan hitam pekat. Tiada sinaran bulan mahupun kerlipan bintang yang menerangi malam itu.  Aimi masih tekun berdiri dan menunggu kehadiran seseorang. Di dalam hatinya dia berdoa agar lelaki itu datang untuk bertemu dengannya.
“Buat apa lagi awak nak jumpa saya? Kebenaran apa lagi yang awak nak beritahu saya? Kalau setakat awak nak beritahu yang awak cinta mati pada Safuan , baik tak payah. Cukuplah awak dah hancurkan hati saya sepenuhnya dengan permainan awak selama ini.. “ Hariz berdiri tepat di hadapan Aimi.
“Awak dah salah faham. Bukan itu sebenarnya yang terjadi. Saya sumpah.. “ Tangan Hariz cuba diraihnya tapi sempat ditepis Hariz. Hariz mendengus.
“Salah faham? Salah faham yang selama ini saya ingat awak pun cintakan saya? Yes! Saya mengaku salah saya sebab terlalu bodoh mempercayai seorang wanita yang sebenarnya hanya ingin mempermainkan perasaan saya. Sumpah? Tak perlu main dengan sumpah-sumpah la. Semua dah jelas sekarang.. “ Bicara Hariz tanpa langsung memikirkan sakit yang Aimi tanggung mendengar semua itu dari lelaki yang amat dicintainya.
Air mata Aimi mengalir dari kelopak matanya. Tapi Hariz langsung tidak mengendahkan tangisan gadis itu. Cukuplah hatinya sekali disakiti gadis itu. Tiba-tiba hujan turun menimpa bumi , namun langsung tidak membuat mereka berganjak dari tempat mereka berdiri.
“Aimi buat semua ni demi keselamatan Hariz. Hariz takkan faham sebab Hariz tak ada dalam situasi Aimi. Aimi betul-betul terpaksa melakukan semua ini… “ rintih Aimi.
“Cukuplah Aimi. Saya sudah faham semuanya sekarang. Cukuplah. Satu ja saya pinta, kita lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. And mulai saat ini kita sudah kenal antara satu sama lain… “
Usai Hariz berkata, dia berlalu pergi meninggalkan Aimi. Aimi cuba mengejar Hariz dan memeluk belakang tubuh lelaki itu.
“Lupakan saya dan saya akan lupakan awak buat selamanya. Jangan pernah sesekali muncul di hadapan saya lagi. Hidup ini ibarat sebuah pelayaran, tapi sayang kita tidak ditakdirkan untuk belayar bersama-sama… “ Hariz berkata tanpa langsung memandang wajah Aimi. Dia meleraikan pelukan Aimi.
Aimi terduduk. Air matanya terus mengalir tanpa henti bersama lebatnya hujan yang makin membasahi dirinya. Dia hanya mampu melihat lelaki yang dicintainya itu berlalu pergi selamanya dari hidupnya. Sungguh dia tidak menyangka, semudah Hariz datang ke dalam hidupnya dan semudah itu juga Hariz pergi dari hidupnya.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi menatap wajahnya dalam cermin solek. Hari ini dia akan bakal menjadi tunang Safuan. Sehingga sekarang Hariz langsung tiada menelefon atau menghantar mesej padanya. Ternyata hubungannya bersama Hariz memang sudah terputus sepenuhnya.
“Aimi dengar sini. Fikiran Aimi hanya untuk fikirkan saya , bukan lelaki lain. Mata Aimi untuk melihat saya dan cinta saya. Dan jantung Aimi hanya berdegup untuk saya. Percayalah saya akan lakukan yang terbaik untuk satukan cinta kita… “

Ada air mata yang mengalir pada pipi Aimi. Kata-kata Hariz makin hebat bermain di mindanya. Ibunya membuka pintu kamarnya dan menuju ke arah anaknya itu. Dia perasan anaknya itu sedang mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
“Sayang okay? “ Aimi sekadar menganggukkan kepalanya. Kepala anaknya itu diusap Puan Aisyah lembut.
“Betul ke ini yang Aimi mahukan dalam hidup Aimi ?”
Aimi tidak mampu membalas dengan kata-kata. Dia memeluk ibunya dan membiarkan air matanya terus mengalir. Ibunya hanya membiarkan anaknya itu menangis. Dia sedar ini amat berat untuknya dan dia tahu ini bukan kehendak anaknya itu.
“Sudahlah menangis. Dah tak cantik anak ibu.. “ Air mata anaknya itu dilapnya.

Suasana di ruang tamu itu sudah dipenuhi dengan tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sanak saudara. Safuan memandang Aimi yang begitu indah menyarung busana pengantin yang berwarna putih itu. Dia begitu terpegun melihat kecantikan yang dimiliki gadis itu.
“Semua sudah bersedia? Boleh kita mulakan sekarang? “ Persoalan tok kadi itu dibalas dengan anggukan kepala Safuan.
Saat tok kadi ingin memulakan proses pernikahan itu, tiba-tiba ada salam yang diberikan dari muka pintu rumah itu. Kelihatan beberapa anggota polis sedang berdiri di luar muka pintu.
“Encik cari siapa? “ Encik Mokhtar mendekati pihak polis tersebut dan menyoal mereka.
“Kami datang ke sini untuk menahan Encik Muhd Alif Safuan bin Idris atas kesalahan cubaan membunuh Encik Hariz Arshad.. “ Salah seorang anggota polis itu menjawab.
Semua yang berada di dalam rumah itu memandang ke arah Safuan. Safuan terkejut mendengar kenyataan pihak polis itu. Dia memandang Aimi. Kelihatan gadis itu senyum padanya. Saat itu, baru Safuan sedar Aimi yang melaporkan semua itu pada pihak polis.
“Anda semua tak ada bukti bahawa saya terlibat dalam cubaan membunuh Encik Hariz.. “ Safuan bangkit sambil cuba mempertahankan dirinya.
“Maaf. Tapi kami ada bukti kukuh yang Encik Safuan terlibat dalm cubaan membunuh itu.. “ Anggota polis itu memainkan alat perakam yang dipegangnya.
“Kenapa awak diam. Awak nampak macam takut ja. Or awak ada simpan suatu rahsia yang awak takut kalau terbongkar, awak akan merana dalam penjara ? “ Aimi cuba menduga Safuan. Benarlah dari tingkah Safuan itu, Aimi yakin lelaki itulah yang menjadi penyebab kemalangan Hariz.
“Yes. Aku mengaku aku yang buat semua tu.aku yang potong tali brek kereta dia tu. Aku sakit hati bila kau tak bertunang dengan aku haritu. Aku tahu disebabkan kau tergila-gilakan lelaki tu, kau tolak cinta aku. Tapi aku tak puas hati. Aku nak lelaki tu mati biar sudah tiada yang akan halang aku untuk dapatkan kau… “
Akhirnya Safuan mengaku tindakannya. Aimi mengucap panjang. Sungguh dia tidak menyangka lelaki yang berada di hadapannya itu yang selama ini sangat baik dan penyayang sanggup membuat kerja terkutuk disebabkan dibutakan oleh cinta.
“Ya Allah.. Kenapa awak tak berhati perut sangat? Awak seorang yang berilmu. Kenapa awak bertindak seperti orang tak ada akal ? Hariz tak pernah menjadi penyebab saya tak sukakan awak. Saya memang tak cintakan awak. Bahkan dari dulu lagi saya telah menolak cinta awak sebelum saya kenal Hariz lagi… “ Aimi menyusun bicaranya.
“Lantak U nak cakap I ni manusia tak ada akal ke, iblis ke. Tapi satu I nak U tahu, I boleh buat lebih lagi dari ni and jangan sampai one day U dapat jumpa mayat dia ja.. “
Ugutan Safuan membuat Aimi takut. Takut lelaki itu benar-benar mengotakan apa yang diperkatakannya. Safuan telah mnjadi buta hati. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat apa yang diingininya termasuk membunuh.
“Please Safuan. Jangan apa-apakan Hariz. Dia tak bersalah dalam hal ni.. “ rayu Aimi.
“Apa yang tak salahnya? Dia dah curi hati U and menyebabkan I tak boleh bersama dengan U. Aimi, I tak boleh tengok U bahagia dengan lelaki lain. I ja yang layak untuk U. Atau patut I bunuh dia betul-betul biar tiada penghalang untuk cinta kita lagi.. “ Safuan sudah menjadi tidak betul. Apa yang dicakapnya pun seolah-olah seperti orang gila. Langsung tidak difikirkannya.
“Jangan Safuan. Jangan apa-apakan Hariz. Awak bagitahu ja apa patut saya buat, saya akan lakukan. Tapi jangan sesekali cederakan Hariz… “ Safuan tersenyum. Peluang keemasan sudah ada di matanya. Dia patut menyambarnya kerana peluang itu hanya datang sekali.

Safuan terpaku mendengar rakaman tersebut. Dia memandang Aimi dengan pandangan yang penuh dengan kemarahan. Dia berlari mendapatkan Aimi dan membawanya ke ruang dapur. Satu pisau dicapainya dan diletakkan pada tengkuk Aimi. Aimi ketakutan dengan tindak balas Safuan.
“Berundur semua. Kalau tak aku bunuh perempuan ini.. “ ugut Safuan seperti orang gila.
“Ya Allah , Safuan.. Ibu tak penah ajar anak ibu jadi macam ni.  Mana akhlak kamu sebagai seorang Muslim. Kenapa kamu  lebih agungkan cinta kamu pada manusia sehingga mengatasi cinta kamu pada Allah.. “
Puan Fatimah terkejut melihat sikap anaknya itu. Tidak pernah sesekali dalam hidup dia dan suaminya mengajar anak mereka berkelakuan seperti itu. sungguh dia benar-benar kecewa dengan sikap anak lelakinya itu. anak yang dididik dengan penuh nilai agama, akhirnya buta hanya disebabkan oleh cinta.
“Safuan, tolong jangan apa-apakan Aimi. Banyakkan istighfar Safuan. Ingat Allah.. “ rayu Puan Aisyah. Namun langsung tidak diendahkan Safuan. Takut menyelubungi seluruh tubuh Aimi andai Safuan benar-benar bertindak di luar kawalannya.
“Tolong letakkan pisau tadi. Kita settle hal-hal ini baik-baik.. “ Seorang pihak polis cuba tenangkan Safuan. Dia merapati Safuan tapi Safuan mengacu-acukan pisau itu ke arahnya membuatkannya terpaksa kembali berundur.
Anggota polis itu membisikkan sesuatu kepada ahli yang lain. Salah seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah Safuan dan melepaskan tembakan. Semua penghuni di dalam rumah itu menjerit apabila mendengar tembakan dilepaskan. Tembakan itu tepat mengenai tangan Safuan dan mengakibatkan pisau yang dipegangnya jatuh ke lantai dan pegangannya pada Aimi juga terlerai.
Aimi terus berlari menuju ke arah orang ramai. Ibunya memeluknya dan menenangkannya. Safuan mengerang di atas lantai dek menahan kesakitan daripada tembakan itu. pihak polis terus menjalankan tugas mereka dan menangkap Safuan. Safuan tidak berdaya untuk melawan.

“Maafkan Safuan, ibu ayah… “ Kedengaran sayu pada suaranya melihat wajah duka orang tuanya. Inilah titik kegagalannya sebagai seorang anak. Dia sedar dia sudah menghancurkan harapan orang tuanya padanya.
“Tak apa nak. Walau apa yang terjadi lepas ni, kamu tetap anak ibu dan ayah. Insaf dan bertaubatlah. Pintu keampunan Allah tak pernah tertutup… “ Air mata Puan Fatimah mengalir. Kereta polis akhirnya bergerak memisahkan ibu dan ayah dengan seorang anaknya atas kesalahan yang dilakukan anaknya itu.
“Mak cik, pak cik, Aimi minta maaf atas semua yang terjadi.. “ Aimi merapati ibu bapa Safuan. Tubuh ibu Safuan dirangkul erat.
“Tak apa nak. Ini semua balasan atas semua perbuatan terkutuk Safuan. Mak cik dan pak cik redha atas ketentuan-Nya. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ini… “ balas Puan Fatimah.
“Mak cik dan pak cik balik Terengganu hari ini juga ke? “ Aimi menyoal.
“Belum pasti lagi. Mungkin kami balik esok atau lusa. Kami nak pastikan dulu keadaan Safuan.. “ jawab Encik Omar, ayah kepada Safuan. Aimi mengangguk faham.
Di dalam hati, dia agak berat melakukan itu semua. Dia merasa sedih apabila melihat kesedihan yang dirasai ibu dan ayah Safuan. Tapi, ini semua demi pengajaran buat Safuan. Aimi berdoa agar Safuan akan berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang. Amin.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi terus menelefon nombor Hariz tetapi berterusan gagal. Mesej yang dihantar juga tidak pernah dilihat atau dibalasnya.
“Masih tak ada apa-apa berita pasal dia? “ Suraya yang pusing melihat Aimi mundar-mundir bertanyakan soalan. Aimi hanya menggeleng.
“Apa susah, pergi je rumah dia.. “ Suraya mengutarakan idea bernasnya.
“Kenapa aku tak terfikir dari tadi. Cerdik juga kau ni. Tak sia-sia kau jadi cikgu… “ Aimi duduk di sebelah Suraya sambil bahu rakannya itu dirangkulnya.

“Macam tak ada orang jaa.. “ Aimi memandang sekeliling rumah itu. Kosong dan sunyi.
“Kau ni pun, nak ja aku ketuk kepala kau tu. Cubalah bagi salam tu dulu… “ Tidak tahan Suraya melihat perangai bebal sahabatnya itu.
Aimi memberi salam. Terdengar suara dari dalam menjawab. Beberapa ketika kemudian, Puan Sri Ruhaya membuka pintu. Dia gembira melihat kehadiran Aimi dan Suraya. Dia mengajak mereka masuk ke dalam rumah dan membawa ke ruang tamu.
“Jemputlah minum… “ Puan Sri Ruhaya menghidangkan tetamunya itu dengan jus oren.
“Sunyi rumah ni ya mak cik? “ Aimi menyoal sambil air itu disuakan ke mulutnya.
“Hmmmm.. Macam ni lah setiap hari. Pak cik dan Hariz keluar bekerja, tinggallah mak cik sendiri. Bila mak cik nak ambil pembantu rumah, pak cik tak benarkan. Dia cakap kena hati-hati bila ada orang luar dalam rumah. Macam-macam boleh terjadi… “ terang Puan Sri Ruhaya.
“Mak cik, kalau Aimi nak tanya something boleh ? “
“Tanya ja.. “ Senyum Puan Sri Ruhaya.
“Hariz kat mana sekarang? “
                Puan Sri Ruhaya terdiam. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menjawab pertanyaan gadis itu.
“Sudah 2 hari Hariz pergi, Aimi. Mak cik pun tak tahu ke mana dia pergi. Sampai sekarang dia tak ada call atau mesej mak cik. Mak cik call pon dia tak angkat. Cuma sebelum dia pergi, dia ada beritahu mak cik something… “
“Maafkan Hariz, mama. Hariz terpaksa pergi. Izinkan Hariz merawat dahulu luka yang amat mendalam dalam hati Hariz. Tak pernah Hariz dilukai seperti ini. Sakit sangat mama. Mama doakan Hariz kuat… “ Tubuh mamanya itu dipeluknya erat. Dibiarkan air mata lelakinya mengalir.
“Apa dah jadi dengan anak ibu ni? Hariz nak pergi mana? Jangan tinggalkan mama… “ Air mata yang mengalir di pipi anaknya itu disekanya.
“Tempat di mana kenangan indah kami tercipta dan di situlah jugalah Hariz akan kembalikan semula semua kenangan indah itu. Mama jangan risau, bila Hariz sudah dapat lupakan semuanya, Hariz akan pulang… “ Dahi mamanya itu dikucupnya dengan penuh kasih.

“Hariz nampak sedih sangat masa tu, Aimi. Mak cik tak pernah nampak dia sesedih macam tu. Aimi tahu kenapa Hariz jadi seperti itu ? “ Pertanyaan Puan Sri Ruhaya membuatkan Aimi tersentak.
Aimi terdiam. Dia menggumpulkan tenaga untuk berbicara perihal sebenar. Suraya mengenggam tangan Aimi untuk menguatkan sahabatnya itu. Akhirnya , Aimi menceritakan semua kejadian yang terjadi pada Puan Sri Ruhaya. Puan Sri Ruhaya mengucap panjang mendengar apa yang diceritakan Aimi. Patutlah Hariz begitu sedih sejak kebelakangan itu.
“Ya Allah, berat betul dugaan menimpa Aimi. Kenapa Hariz tak sedar semua tu… “ Puan Sri Ruhaya mengeluh.
“Hariz tak bersalah, mak cik. Dia tak tahu apa-apa soal ini. Tempat di mana kenangan indah kami tercipta dan di situlah jugalah Hariz akan kembalikan semula semua kenangan indah itu. aimi rasa Aimi tahu kat mana tempat itu.. “ Jawapan Aimi melegakan Puan Sri Ruhaya.
“Di mana ? “
“Korea… “



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Semilir bayu petang meniup lembut wajah Hariz. Kicauan ungags saling bertingkah dengan deruman ombak ibarat mengajaknya turut serta dalam alam yang serba indah itu. dia merenung pantai yang permukaan airnya begitu bersih dan berkilauan sambil berdiri menghadap matahari yang sedang terbenam itu. Pulau Nami. Tempat yang menjadi saksi dia meluahkan perasaan pada wanita yang amat dicintainya.
“Aimi janganlah lari. Penat saya nak kejar awak… “
Hariz terus mengejar Aimi yang semakin jauh di hadapannya. Belum sempat dia meneruskan kejarannya, dia rebah. Aimi memalingkan wajahnya dan melihat lelaki itu rebah terus patah balik dan mendapatkan lelaki itu. Mata Hariz tertutup.
“Hariz, awak okay tak? “ Jelas kerisauan pada wajah Aimi.
Hariz membuka matanya dan menarik tangan Aimi menyebabkan tubuhnya jatuh ke atas tanah. Aimi menjerit dengan tindakan lelaki itu. Hariz memusingkan badannya dan menatap wajah Aimi.
“I love U…” Wajah Aimi bertukar merah apabila mendengar lafaz yang ditutur lelaki itu.
“I love U too… “ Aimi membaling pasir ke muka Hariz dan terus berlari jauh. Hariz tersenyum sambil menyapu pasir yang terlekat pada wajahnya. Dia  berdiri dan meneruskan kejarannya.

“Ya Allah, kenapa cinta itu sungguh menyakitkan? “keluhnya hiba.
“Aimi Sofea, saya tak boleh nak lupakan awak. Awak satu-satunya gadis yang berjaya menambat hati saya. Saya cintakan awak sepenuh hati saya… “ laungnya.
“Tapi kenapa awak buat semua ni dekat saya? “ rintihnya.
“Saya pun cintakan awak, Hariz. Tak mungkin saya akan lukakan hati awak. Hingga nafas saya yang terakhir, saya tetap untuk awak… “
Hariz terdengar suara Aimi. Adakah dia sudah menjadi gila sehingga dapat mendengar suara orang yang jauh darinya akibat terlalu rindu. Ah sudah! Tiba-tiba, Hariz terasa ada seseorang memeluknya dari belakang. Dan rasa pelukan ini sama seperti yang dirasakannya dulu. Aimi.
“Saya minta maaf. Saya buat semua ini sebab saya cintakan awak. Saya tak sanggup kehilangan awak buat selamanya… “ Aimi terus memeluk tubuh lelaki itu. Dia meluahkan segalanya pada lelaki itu saat itu.
“Kenapa awak tak beritahu awal-awal soal ini pada saya? Mati-mati saya percayakan semua yang diperkatakan oleh Safuan.. “ Hariz inginkan kepastian. Dia memandang wajah Aimi. Air jernih yang mengalir dari kelopak mata gadis itu disapunya.
“Saya terpaksa sebab saya tahu Safuan selalu memerhatikan saya dari jauh. Jadi saya terpaksa menjaga tutur kata saya supaya tidak terlepas cakap benda sebenar… “ terang Aimi.
Hariz memeluk Aimi dengan erat. Dia bersyukur semuanya kembali seperti yang diharapnya. Wanita yang amat dicintainya kembali padaNya. Dia bersyukur yang teramat.
“By the way , ada something saya nak beritahu ni kat awak.. “
“Apa dia ? “ Soal Hariz dengan kening terangkat.
“Kalau nak tahu, kejarlah sampai dapat.. “
Aimi terus memecut meninggalkan Hariz yang terping-pinga. Hariz yang baharu sedar terus berlari mengejar gadis itu. Aimi terkejut melihat Hariz berlari dengan begitu pantas tidak seperti sebelum ini. Hariz menggapai tangan Aimi dan menyebabkan gadis itu jatuh di atas tubuhnya yang sudah menjejak bumi. Aimi cuba melepaskan diri tetapi gagal.
“Sekarang beritahu apa dia? “ arah Hariz.
“I love U… “
Hariz tersenyum. Dia masih tidak melepaskan Aimi yang terbaring di atas tubuhnya walaupun gadis itu meronta minta dilepaskan. Yang pasti, Aimi sudah menjadi hak miliknya dan dia berjanji akan menjaga gadis itu sampai hujung nyawa.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Rumput yang tumbuh meliar dicabut Aimi di sekeliling pusara itu. Hariz menghamparkantikar lalu dilabuhkan punggungnya di atasnya. Perlahan tangannya menarik keluar surah Yasin yang tersimpan di dalam poket baju melayunyu, lalu dibacanya perlahan. Aimi yang duduk di sebelahnya turut berbuat demikian.
Suasana di persekitaran tanah oerkuburan itu begitu sunyi sepi sekali. Hanya kedengaran bunga ungags bernyanyi dan suara Hariz dan Aimi mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran menghasilkan suasana yang begitu aman dan damai sekali. Selesai membaca, Hariz dan Aimi  mengangkat jag yang berisi air mawar, lalu disiram perlahan ke atas pusara itu.
“Assalamualaikum abang, Aimi datang ni. Hari ni saya bawa seseorang istimewa. Dialah lelaki yang Aimi selalu ceritakan kata bang selama ni. Mesti abang terkejut tengok wajah dia kan? Sama persis wajah abang. Aimi pun sama terkejut masa first time Aimi jumpa dia… “ Hariz hanya memerhati perlakuan gadis itu.
“Aimi datang ni sebab Aimi nak minta restu dan izin abang. In shaa Allah, minggu depan kami akan menikah. Abang restukan hubungan kami ya? Abang tolong doakan kebahagiaan kami. Aimi takkan pernah lupakan abang sebab abanglah lelaki pertama yang Aimi cintai dalam hidup saya… “ Aimi mengusap-usap batu nisan yang tertulis nama arwah suaminya itu.
“Assalamualaikum Hakim. Saya Hariz. Saya janji yang saya akan menjadi pengganti terbaik awak dalam mencintai dan menjaga awak. Mungkin saya tidak boleh menjadi sesempurna awak menjaga dan mencintai Aimi selama ini, tapi saya akan membuat yang terbaik untuk bahagiakan Aimi. Saya akan selalu bersamanya sampai hujung nyawa saya, bahkan walau apa sahaja jua yang berlaku, nafas terakhir saya hanya untuk Aimi… “
Kata-kata ikhlas dari Hariz begitu menusuk atmanya. Aimi memejamkan matanya membiarkan dia merasai kenikmatan alam yang dicipta sempurna oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Dari kejauhan dia ternampak bayangan Hakim sedang tersenyum dan melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Aimi tersenyum melihat arwah suaminya itu dan perlahan-lahan bayangan itu hilang dari pandangannya.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aimi membaringkan tubuhnya ke atas katil. Matanya dipejam celik beberapa kali. Mulutny mulai menguap panjang. Terasa begitu letih tubuhnya selepas sehariannya penat melayan tetamu yang berkunjung majlis perkahwinannya itu. hariz turut sama merebahkan badan di sisinya. Buku yang dipegangnya dibacanya sekilas dan ditutupnya kembali. Wajah isteri di sebelahnya ditaatapnya.
“Sayang.. Thanks sebab sudi terima abang jadi suami sayang walaupun abang tahu abang bukanlah seorang lelaki yang sempurna. Tapi, abang janji abang akan selalu menjaga dan mencintai sayang sepenuh hati abang… “ Tangan isterinya diaihnya dan diletakkan di dadanya.
Aimi terdiam seketika. Wajah Hariz yang begitu ralit memandangnya, direnungnya sejenak.
“Saya yang patut berterima kasih pada abang sebab sudi terima segala kekurangan yang ada pada diri saya. Sanggup terima seorang janda.. “ Aimi tergelak kecil. Pipi Aimi dicium Hariz membuatkannya malu.
“Tapi kan, macam mana la nasib Safuan dalam lokap tu? “ Tiba-tiba Hariz mnyoal. Aimi hanya menjongketkan bahunya.
“Aimi harap Safuan akan berubah nanti menjadi yang lebih baik, and hopefully dia dah boleh terima hakikat yang saya dah bersama dengan abang dan saya takkan pernah menjadi miliknya.. “
“Aminnnn… “ Serentak mereka mengaminkan.
“Nampaknya hujung minggu depan kita akan busy lagi.. “ keluh Hariz.
“Kenapa pula? “Soal Aimi kehairanan.
“Kan minggu depan majlis kahwin Intan.. “ Suaminya menjawab. Aimi baru teringat soal itu. kesibukannya minggu itu menyebabkan banyak perkara yang dia terlupa.
“Tapi kana bang, betul ke bakal suami Intan tu ada mix Arab? “ Hariz hanya menganggukkan kepalanya.
“Patutlah hensemmmm… “ sengaja dibuat suaminya itu berasa cemburu.
“Gatal. Habis tu abang ni tak hensem ke? “ Dicubit lengan isterinya itu lembut. Aimi tergelak besar melihat wajah cemburu suaminya itu.
“By the way kan sayang, abang ada request la kat sayang.. “
“Apa dia ? “ Aimi mengangkat keningnya.
“Tolong nyanyikan balik lagu yang sayang nyanyi masa kita kat kafe kat Korea tu. Pleaseeee sayang… “ rengek Hariz seperti anak kecil. Aimi menjuihkan bibirnya. Harapannya untuk melupakan terus detik-detik memalukan itu kembali ligat bermain dalam kotak fikirannya.
“Tak nak !” balas Aimi.
“Aimi, abang tak kira, abang nak dengar jugak.. “ Suara Hariz kedengaran tegas.
“I don’t want !!! “
Aimi menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya. Penghawa dingin yang terpadang dalam kamar itu memberikan kedinginan yang begitu mencengkam urat-urat sarafnya. Hariz bangun dari  pembaringannya dan duduk menghadap isterinya yang sudah membungkus satu badannya. Hariz menarik selimut itu, dan tanpa mempedulikan jeritan Aimi yang sudah menghiasi segenap ruang kamar itu, dia terus memeluk tubuh isterinya yang langsing itu. Erat. Aimi membalas serangan suaminya dengan menggeletek suaminya itu kerana dia tahu Hariz seorang yang tidak tahan geli.
Di luar tingkap, angin malam bertiup perlahan membawa pergi beribu kedukaan yang singgah dalam kehidupan manusia, dan membawa masuk seribu kenangan manis yang membantu mengutuhkan lagi institusi perkahwinan itu bersama-sama malam yang semakin merangkak tua. Kemunculan sang mentari sentiasa dinanti untuk membawa suatu lembaran baharu dalam kehidupan insan yang bernaung di muka bumi ciptaan Allah S.W.T..
Benarlah kata orang, Allah hadirkan kita ujian dan derita sebab Allah nak jadikan kita kuat. Dan tidak selamanya kedukaan itu akan meresapi diri kita, kerana akan pasti ada kebahagiaan yang bertandang sama ada cepat atau lambat sahaja. Seperti cinta Aimi dan Hariz, mereka berjanji akan terus setia dan utuh sampai hujung nyawa mereka dan hingga nafas yang terakhir, cinta mereka hanya untuk mereka berdua memilikinya.




TAMAT